Pagi ni aku dan Ammar bangun awal, mandi awal...Sebabnya? Nak kena pergi klinik untuk check-up Ammar yang dah genap sebulan ari ni. Rasanya baru je aku melahirkannya. Dah sebulan rupanya dia.Kecian dia, ari nie meraung2 kena cucuk suntikan Hepatitis B kat paha.
Td masa dia timbang tu nurse kata dia kena hernia ( kita panggil angin pasang). Waktu biasa tak nampak, tp bila dia menangis, baru nampak testis dia tu besar sebelah. Bila jumpa doc, baru faham angin pasang nie rupanya sangat normal di kalangan bayi lelaki.Berat Ammar ari ni dah 3.5 kg..Alhamdulillah.
Thursday, November 24, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Kelahiran Muhammad Ammar
Alhamdulillah..Tanggal 24 Oktober 2011 pada jam 11.04 malam, lahirlah putera sulung kami. Muhammad Ammar diberi nama. Nama pilihan ayahnya.Maksudnya Muhammad tu yang terpuji dan Ammar pula yang memakmurkan atau yang kuat iman. InsyaAllah..
Semasa awal kandungan lagi kami telah bersetuju jika anak lelaki dia
yang beri nama dan jika perempuan, akulah yang akan memberi nama.
Friday, November 18, 2011
Pengalaman Bersalinku
Saat-saat akhir menunggu kelahiran anak sulung memang sangat
mendebarkan..setiap hari aku dan suami tertanya-tanya, inikah
harinya.Tiap kali mahu ke mana-mana suami akan bertanya, "nak bawa beg
dah ke?"
Hinggalah genap masuk minggu ke-39, 23 Oktober 2011 pada
petangnya (kira-kira jam 2.30 petang) aku dapati ada sedikit darah
keluar seperti di hujung-hujung period. Aku tertanya-tanya, inikah
harinya? Tapi tak ada rasa sakit lagi. Jadi aku pun rileks aje la.
Lagipun kalau ikut due, aku ada seminggu lagi. Hinggalah ke malamnya,
darah masih keluar tetapi masih lagi sikit2 dan tanpa rasa sakit.
Malamnya
aku minta suami belikan ikan siakap 3 rasa. Memang sejak kandunganku
dah masuk 9 bulan kami lebih banyak makan di luar atau tapau sahaja.
Terima kasih buat suamiku tersayang, Mohd Sabri Harun yang sangat
memahami. Aku tanya pada mak malam tu perlu ke pergi ke hospital sebab
dah kuar darah. Mak kata kalu tak sakit lagi tak payah lagi la. Sebelum
tu aku dan suami ada gak google pengalaman orang lain di internet dan
aku pun ada gak tanya pada nurse yang check-up aku tiap bulan tu. So
kami pun tido macam biasa la. Suamiku pula dah stanby beg aku dan beg
baby untuk dibawa ke hospital sekiranya berlaku apa-apa pada malamnya.
Malam
itu aku rasakan sangatlah panjang sebab aku tidak dapat tidur. Pinggang
dan belakangku sakit sangat. Kekerapan ke tandas pun lebih daripada
biasa. Hinggalah akhirnya pagi menjelma. Hampir ke pagi tu aku dah
merasakan sakit sikit2. Jadi selesai bersarapan kami buat keputusan
pergi ke hospital kerana khuatir terberanak di rumah. Jadi bila dah
pergi ke hospital, confirm la kena tahan kat wad. Hari tu pulak cuti
umum sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang (24 Oktober). Doktor pun tak
ada. Suamiku disuruh mendaftar masuk dan aku pula dibawa untuk check-up.
Diaorang suruh aku kencing dan cek jantung anak guna CTG (kalau tak
silap aku la). Selesai semuanya, tinggal la aku di wad tu. Huhuhu...aku
sebenarnya paling tak suka masuk wad. Ini adalah kali kedua aku kena
masuk wad.
Pada jam 5 petang barulah Dr ada utk cek jalan. Baru
buka 1 cm. Aku agak kecewa kerana aku fikir lambat lagi la aku nak
menunggu saat kelahiran, padahal aku dah rasa sakit. Serba tak kena
jadinya, berdiri, duduk, baring..semuanya tak kena. :ebih kurang 10
malam, aku pergi kat nurse yang ada kat kaunter dan kata tak tahan sakit
sebab sebelum ni diaorang ada pesan jika tak tahan sakit g sana. Dia
bawa aku p cek tekanan darah dan cek jalan.. Baru buka 2cm. Padahal aku
rasa sakit sangat dah dan aku kira kontraksinya dah 5 minit sekali
da..Melihatkan keadaan aku yang macam tak tahan sakit, dia bagi ubat
paracetamol dan suruh aku rest kat situ je hingga tekanan darah aku
turun baru boleh balik ke katil aku...Tiba-tiba aku rasa macam da nak
terberak je..Aku panggil lagi nurse tu dan katakan padanya aku da sakit
sangat2 dan rasa mcm nak terberak.. Dia terkejut bila cek jalan da bukak
8 cm..Then dia suruh call suami kalau nak suami masuk. Aku pun call
abang dan suruh dia datang. Nurse tu pimpin aku ke labour room. Masa tu
dah sakit sangat dah...tak lama lepas meneran beberapa kali, lahirlah
putera sulung kami..Muhammad Ammar, 2.7 kg beratnya. melihatkan mukanya,
terasa hilang rasa sakit ketika melahirkannya..
Tapi pada
pendapatku, rasa sakit bersalin dapat kuhadapi lagi, yang x sanggup
kulalui lagi ialah sakit dijahit. Terasa tak sanggup nak dijahit lagi.
Tap dalam ati ni mau lagi tambah adik si Ammar. :-).