Friday, November 18, 2011

Pengalaman Bersalinku

Saat-saat akhir menunggu kelahiran anak sulung memang sangat mendebarkan..setiap hari aku dan suami tertanya-tanya, inikah harinya.Tiap kali mahu ke mana-mana suami akan bertanya, "nak bawa beg dah ke?"
Hinggalah genap masuk minggu ke-39, 23 Oktober 2011 pada petangnya (kira-kira jam 2.30 petang) aku dapati ada sedikit darah keluar seperti di hujung-hujung period. Aku tertanya-tanya, inikah harinya? Tapi tak ada rasa sakit lagi. Jadi aku pun rileks aje la. Lagipun kalau ikut due, aku ada seminggu lagi. Hinggalah ke malamnya, darah masih keluar tetapi masih lagi sikit2 dan tanpa rasa sakit.
Malamnya aku minta suami belikan ikan siakap 3 rasa. Memang sejak kandunganku dah masuk 9 bulan kami lebih banyak makan di luar atau tapau sahaja. Terima kasih buat suamiku tersayang, Mohd Sabri Harun yang sangat memahami. Aku tanya pada mak malam tu perlu ke pergi ke hospital sebab dah kuar darah. Mak kata kalu tak sakit lagi tak payah lagi la. Sebelum tu aku dan suami ada gak google pengalaman orang lain di internet dan aku pun ada gak tanya pada nurse yang check-up aku tiap bulan tu. So kami pun tido macam biasa la. Suamiku pula dah stanby beg aku dan beg baby untuk dibawa ke hospital sekiranya berlaku apa-apa pada malamnya.
Malam itu aku rasakan sangatlah panjang sebab aku tidak dapat tidur. Pinggang dan belakangku sakit sangat. Kekerapan ke tandas pun lebih daripada biasa. Hinggalah akhirnya pagi menjelma. Hampir ke pagi tu aku dah merasakan sakit sikit2. Jadi selesai bersarapan kami buat keputusan pergi ke hospital kerana khuatir terberanak di rumah. Jadi bila dah pergi ke hospital, confirm la kena tahan kat wad. Hari tu pulak cuti umum sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang (24 Oktober). Doktor pun tak ada. Suamiku disuruh mendaftar masuk dan aku pula dibawa untuk check-up. Diaorang suruh aku kencing dan cek jantung anak guna CTG (kalau tak silap aku la).  Selesai semuanya, tinggal la aku di wad tu. Huhuhu...aku sebenarnya paling tak suka masuk wad. Ini adalah kali kedua aku kena masuk wad.
Pada jam 5 petang barulah Dr ada utk cek jalan. Baru buka 1 cm. Aku agak kecewa kerana aku fikir lambat lagi la aku nak menunggu saat kelahiran, padahal aku dah rasa sakit. Serba tak kena jadinya, berdiri, duduk, baring..semuanya tak kena. :ebih kurang 10 malam, aku pergi kat nurse yang ada kat kaunter dan kata tak tahan sakit sebab sebelum ni diaorang ada pesan jika tak tahan sakit g sana. Dia bawa aku p cek tekanan darah dan cek jalan.. Baru buka 2cm. Padahal aku rasa sakit sangat dah dan aku kira kontraksinya dah 5 minit sekali da..Melihatkan keadaan aku yang macam tak tahan sakit, dia bagi ubat paracetamol dan suruh aku rest kat situ je hingga tekanan darah aku turun baru boleh balik ke katil aku...Tiba-tiba aku rasa macam da nak terberak je..Aku panggil lagi nurse tu dan katakan padanya aku da sakit sangat2 dan rasa mcm nak terberak.. Dia terkejut bila cek jalan da bukak 8 cm..Then dia suruh call suami kalau nak suami masuk. Aku pun call abang dan suruh dia datang. Nurse tu pimpin aku ke labour room. Masa tu dah sakit sangat dah...tak lama lepas meneran beberapa kali, lahirlah putera sulung kami..Muhammad Ammar, 2.7 kg beratnya. melihatkan mukanya, terasa hilang rasa sakit ketika melahirkannya..
Tapi pada pendapatku, rasa sakit bersalin dapat kuhadapi lagi, yang x sanggup kulalui lagi ialah sakit dijahit. Terasa tak sanggup nak dijahit lagi. Tap dalam ati ni mau lagi tambah adik si Ammar. :-).

No comments:

Post a Comment