So, dalam rajin tak rajin tuh, nie la dia menu untuk menjamu uda dan keluarganya petang tadi.
Garlic Bread, Mushroom soup & Pizza |
Garlic bread menggunakan roti perancis |
Pizza |
Mushroom soup |
Jom kita intai resepi-resepinya pulak.
GARLIC BREAD
Roti Perancis dipotong.
Bahan untuk Garlic Spread :
2 ulas bawang putih-bakar dan tumbuk
2 sudu besar butter
Daun parsli dicincang - saya tak buh pun. x ade.
# Resepi ni ambil daripada My Resipi, tp tak ingat nama tuan punya resepi.
Cara-cara :
Cairkan butterdalam kuali dan masukkan bawang putih yang ditumbuk tadi.
Sapukan pada roti perancis yang telah dipotong dan bakar dalam oven.
* Jika tiada roti perancis, boleh aje guna roti sandwich mana-mana brand. Sedap juga !
MUSHROOM SOUP
Bahan-bahan :
750 ml air
250 susu segar
4-5 biji cendawan butang dalam tin - dipotong halus
1/2 ketul kiub ayam maggi
sedikit dada ayam - dipotong kecil-kecil
1/2 cawan susu tepung - dibancuh dengan air supaya tidak berketul
Cara-cara :
1. Masakkan dada ayam dan air hingga ayam masak
2. Masukkan kiub ayam dan cendawan
3. Masukkan susu - kacau
4. Masukkan bancuhan tepung gandum - kacau hingga pekat yang disukai.
5. Perasakan dengan garam dan tutup api dapur
6. Siap untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment