Monday, November 4, 2013

Sakit Kepala??? Migrain?????

APA ITU MIGRAIN YE??
Dapatan daripada Mr Google : Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagaivascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu Classic Migraine dan Common Migraine.

APA PULA PENYEBAB MIGRAIN NI YE? 

Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

1) Pemakanan
Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate(MSG), cheesenitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan migraine kerana ada di antara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

2) Hormon

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa dan selepas haid boleh menyebabkan serangan migraine.

3) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.


 Baiklah dah tahu apa itu migrain dan punca2nya kan? 
Jadi apa kata cuba produk kami untuk meredakannya. Tak salah kan mencuba kerana ia juga salah satu cara kita berusaha.
Apa yang kami ada untuk membantu menghilangkan masalah migrain yang kerap melanda sehinggakan kita tidak mampu berbuat apa2 ? Dengan Shaklee, kami sedia membantu anda untuk meringankan beban sakit kepala yang teramat ini. 
Supplement yang saya sarankan ialah Set Migrain Shaklee. Apa yang terkandung di dalamnya? 
1. Ostematrix
2. B-Complex
3. Vita-C Plu


Bagaimana ia membantu meredakan migrain ???

1. Ostematrix (mengandungi Kalsium + Magnesium + Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



2. B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya. Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

3. Vita - C Plus

Vita C Plus sangat penting dalam membantu memperbaiki Insomnia ( iaitu masalah kesukaran tidur yang juga menjadi punca migrain), mengurangkan stress dan meringankan keresahan. Buat masa ini Out of Stok la. Namun begitu, berdasarkan pengalaman saya, ambil Oste dan B-Complex ni sahaja pun sudah memadai.


 

Jom Cuba Produk kami..Inn Shaa Allah.Semuanya Allah yang punya. Jangan lupa BerDOA dan TAWAKKAL setelah berusaha ye.

No comments:

Post a Comment