Friday, April 25, 2014

Cekodok Rangup dan Lembut.

Assalamualaikum wbt..
Semoga semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.
Di pagi yang tenang ini saya nak kongsikan resepi cekodok ikan bilis kegemaran saya sekeluarga.
Lembut di dalam & rangup di luarnya bila dimakan panas-panas.
Layan gambar dulu


Resepinya mudah je.

Bahan-bahan :
satukan bahan2 di bawah dalam besen
2 cawan tepung gandum
2 sudu kfc yis
setengah sudu kfc soda bikarbonat
2 sudu besar gula / susu pekat
Air suam secukupnya
Gaul bagi jadi adunan kodok la.
tambah garam secukup rasa
Tutup bekas dan biarkan 10 minit.

Sementara tunggu adunan tu kembang, hiris bahan2 tambahan ni :
Sedikit kobis
sebiji bawang besar
Sedikit daun bawang
2 biji lada besar merah @ hijau
 Ikan bilis dibuang tulang dan najisnya

Masukkan bahan2 tambahan dalam adunan cekodok tadi dan boleh la goreng. Goreng dalam minyak banyak

Bahan tambahan tu ikut citarasa masing2 ler.
Kadang2 sy bubuh tauge juga n crabstick @ sosej cincang.

* Jika nak buat cekodok yg manis aje, tak yah ler bubuh bahan tambahan tu tapi bubuh gula banyak sikit. Jadilah kuih bom.







Thursday, April 3, 2014

WOW! Beli Produk..dapat Cash Rebate!!

Assalamualaikum wbt..

Teruja dengan tajuk ni kan. Kalau kena tajuk ni bagi murid tahun 6 jawap, agak2nya apalah isi karangan diaorang yer?? :-)

Pernah tak anda membeli-belah atau shopping, kemudian anda dapat bonus dalam bentuk wang tunai? kereta?pelancongan? MUSTAHIL kan?

Tapi dengan join Shaklee, semua itu tidak mustahil. Di samping dapat kehidupan yang lebih sihat bagi seisi keluarga, anda juga dapat bonus-bonus yang saya sebutkan di atas.

Antara kelebihan lainnya, anda akan dapat membeli barang dengan harga yang jauh lebih murah iaitu 15-20% bezanya dengan harga bukan ahli. Yang menariknya di Shaklee ni ialah keahliannya seumur hidup. Anda tidak perlu cari ahli untuk maintain keahlian.BEST kan!

Nak tahu kelebihan lain lagi? Mari sertai saya sekarang.

KLIK LINK INI UNTUK DAFTAR SEKARANG : BORANG KEAHLIAN