Monday, June 16, 2014

Cuti2 Malaysia ; Cergas Bertenaga Setiap Masa




Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, hingga ke waktu ini aku masih mampu berjaga untuk update blog ni walaupun kami telah seharian berjalan2 pada siangnya. (Jam dah menunjukkan ke angka 11.30 malam). Anak-anak dah lena diulit intan.

Perjalanan yang panjang (K.Lipis ke K.Lumpur) & aktiviti kami pada hari ini agak padat. Tapi seperti biasa, suplement2 Shaklee menemani percutian kami sejak setahun yang lalu. 
Kali ini kami membawa 2 orang putera kami ini ke KLCC atau lebih tepatnya Aquaria KLCC. 
Ini kerana anak kami yang sulung, Ammar sangat suka melihat ikan. 

Sedikit info yang ingin saya kongsikan di sini ialah ia buka pada jam 10.30 pagi sehingga 8.00 malam. Harga tiketnya pula ialah rm38.00 dewasa dan RM 28 bagi kanak-kanak. Kanak-kanak dikiran dari umur 3 tahun ke atas. Nasib baik Ammar baru 2 tahun setengah. Kena tunjuk Mykad & Mykid tau masa beli tiket.
Kami tiba awal, iaitu lebih kurang pukul 11 pagi. Jadi tidak perlu beratur panjang. Kalau tak silap di depan kami hanya ada 5 orang sahaja. Teringat saat membawa rombongan sekolah suatu ketikan dahulu (2007). Terpaksa beratur panjang. Masa kami keluar dari situ lebih kurang jam 1.00 pm, kami dapati barisannya bukan main panjang lagi.

Malam ini kami menginap di Brissdale Hotel.Ok la buat kami yang ada anak kecil yang suka mandi manda. Actually ini kali kedua kami menginap di sini. Apa yg saya suka di sini ialah setiap biliknya ada bathtub. Ammar dan Mahdi memang suka sangat berendam. Ok la, sambung tulis bila dah balik Lipis ya. Sekarang nak joint anak-anak pulak.


Update : 

Keesokkan harinya my hubby tercinta surprisekan isterinya yang gila bunga ni dengan membawa kami sekeluarga ke Floria yang sedang berlansung di Putrajaya. Seronok sangat.

Bersama-sama ini saya kembarkan beberapa keping gambar semasa berada di sana


Besar ikannya
Ni kat Floria


No comments:

Post a Comment