http://www.myresipi.com/top/detail/16524
Thanks to owner resepi.
Selamat mencuba kawan2.
Assalamualaikum pembuka bicara.
Hari ini saya nak menulis tentang fungsi krim serbaguna iaitu Herbal Blend Multi Purpose Cream yang sangat berbaloi untuk dimiliki.
Mari kita lihat fungsi2nya :-
1. Dapat melembutkan kulit yang kasar.
2. Merawat pecah2 pada lutut, siku serta tumit kaki uang kerap kita alami.
3. Ianya nyaman , bermentol ( berangin ) dan tidak melekit.
4. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage , horse chesnut, yarrow dan rosemary.
5. Boleh disapukan pada individu bermasalah kulit seperti ruam, gatal2 dan juga ruam lampin dan ruam susu.
KULIT YANG LASAK BERHAK MENDAPAT BELAIAN YANG LEMBUT.
:-)
Assalamualaikum wbt..
♥♥Salam Maal Hijrah. Semoga pada tahun ini kita semakin berhijrah ke arah mencari redha Ilahi. Saya benar2 berharap pada tahun ini saya dapat menutup aurat saya dengan sesempurna yang boleh.. semoga Allah permudahkan niat saya ini. Antara perkara yang sukar atau leka untuk buat ialah memakai stoking kaki dan tangan. Walaupun telah lamamsaya tahu ianya adalah aurat kita. :-(. Sama-samalah kiat melakukan perubahan demi redhaNYA.♥♥
Baiklah hari ni sesuai dengan tajuk dan sempena Promosi bulan ini ialah Vivik, maka saya nak berkongsi sedikit testimonimdi peringkat anyarabangsa yang saya perolehi dari website salah seorang International Shaklee Independent Distributor. Ni websitenya :
http://fox.myshaklee.com/us/en/about_vivix_testamonials.html
Antara kesan positif yang telah diperolehi oleh mereka adalah :
★bebas daripda penyakit diabetes,
★membantu memulihkn katarak,
★masalah metabolisma yang terlalu tinggi,
★masalah jantung
★stroke
★arthritis
♥♥♥♥ yang paling penting awet muda lahhh
Mari kita lihat apa kata mereka tentang Tonik Ajaib ini.
Assalamualaikum.
Bulan ini Shaklee Malaysia mengadakan promosi bagi produk Anti Penuaannya iaitu Vivix.
Apa itu Vivix?
Vivix Shaklee merupakan minumancampuran botani yang merupakan revolusi penemuan dalam pemakanan polifenol.
Ia mengadungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ungu yang kaya dengan polifenol. Pllifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel antipenuaan.
Apakah manfaat yang diperolehi jika kita mengambil supplement ini dalam diet seharian?
★perlindungan antioksidan
★menyokong sistem imun
★menyokong kesihatan jantung
★menyokong kesihatan otak
★menyokong fungsi kardiovaskular
★mendapat kesihatan keseluruhan.
Menurut sejarah pengambilan oleh pengguna di beberapa negara termasuk Malaysia, ia telah terbukti sangat-sangat membantu dalam rawatan penyakit2 seperti diabetes, kolestrol tinggi, penyakit jantung (kardiovadkular), tekanan darah tinggi, Alzheimer /Nyanyuk, goyt, masalah saraf, kanser dan kuraang keimunan / daya tahan sakit.
Assalamualaikum wbt..
Hari ni nak kongsikan resepi kuih donut gebu dan lembut serta rangup di luar.
Resepi ni jumpa di blog azie kitchen @ aziejaya.blogspot.com.
Dah banyak kali cuba sebenarnya, cuma baru hari ini berkesempatan menempekkan resepinya di sini. Saya sukakan resepi ini kerana ianya tak perlu diperap seperti kelazimzn kita membuat kuih donut dan lain-lain resepi yang menggunakan yis. Menjimatkan masa kan.
Bagi mama-mama yang macam saya yang tak suka nak memerap lama2, boleh la cuba resepi ini yer.
BAHAN-BAHAN (dapat lebih kurang 30 biji donut mini)
500g tepung gandum @ tepung high protein
200 ml air suam ( 1 cawan )
2 sudu besar gula pasir
50g mentega (saya bubuh 2 1/2 sudu besar)
2 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
2 sudu besar susu tepung @ 2 sudu besar susu pekat
11 g yis = 1 peket mauripan ( saya guna 2 1/2 sudu kecil yis jenama Pak Maya)
1 biji telur
Sedikit garam halus
Minyak untuk menggoreng
Topping kegemaran masing2 ( saya guna susu tepung + gula icing)
CARA-CARA
1. Campurkan air suam, yis, susu, gula, shortening dan mentega dalam satu bekas besar dan kacau guna garfu atau senduk. Biarkan seketika.
2. Bancuh telur dengan garam.
3. Masukkan separuh tepung ke dalam bekas besar tadi dan gaul guna senduk. (Cara saya, gaul guna handmixer, tapi bukan guna pemukul kek tu, tapi guna besi yg macam s tu.)
4. Masukkan bancuhan telur dan gaul lagi. (Putar je mixer)
5. Masukkan baki tepung sambil uli hingga tidak melekat di jari. (Apabila mixer dah susah nak bergerak, barulah uli guna tangan.)
6. Canaikan dan terap. ( masa ni nak panaskan minyak dgn api perlahan dah boleh, tapi saya syorkan mula menggoreng apabila semua adunan selesai diterap).
7. Goreng dengan api perlahan dan minyak banyak ye. Jangan bubuh penuh sangat kuali. Nanti tak ada ruang untuk donut tu mengembang.
8. Dah siap goreng, bubuhlah topping kegemaran masing-masing.
★ Saya da banyak kali menggunakan mixer apabila membuat adunan yang memerlukan kita menguli nih dan hasilnya memang roti atau kuih tu lembut tidak seperti uli menggunakan tangan. Ini kerana saya tak larat nak uli tangan lama2. Penat tau.
★ Resepi donut ni boleh juga digunakan untuk membuat pau goreng. Yang bezanya, lepas langkah ke 5 tadi, apabila doh dah siap, ambil bulat2kan, bubuh inti dan goreng.
Assalamualaikum wbt.
Hari semalam sangat membahagiakanku, kerana roti kacang merahku kali ini menjadi. Dulu2 saya pernah try guna resepi di akhbar, tapi tak menjadi. Semalam buat guna resepi En. Mat Gebu yg dicedok do My Resepi. Tp Encik Mat guna BM, saya uli guna tangan aje..rsepinya pun ada derhaka sikit En Mat..Saya pun macam En Mat jugak, selalu derhaka resepi orang..:-). Saya nak minta maaf kt en mat sebab tak leh nk letak backlink, coz guna blogger mobile. Ok la, jom tgk resepinya.
Bahan2 (12 biji)
€ 250 tepung roti
★120 ml air ( saya sukat guna botol susu anak je, sng sbb ada senggatannya kan)
★40g mentega (guna farmcow)
★30 g telur (saya letak sebiji telur gred A)
★20 g susu tepung (sy letak 1 sudu besar penuh)
★ 40 g gula kastor
★ 1 sudu teh yis (saya guna jenama Pak Maya)
★1/2 sudu teh bread improver
★1/2 sudu teh bread softener/emplex
€1/2 sudu teh garam
Bahan lain :-
*inti kacang merah secukupnya - bulat2kan dalam 12 biji.
*telur kuning sebiji dan sesudu besar mentega
CARA-CARA
Caranya, kalu ikut en Mat, mudah je..masukkan semua dalam bread maker kecuali bahan lain.
Cara saya :
1. Masukkan semua bahan bertanda ★ ke dalam besen besar atau bekas mixer.
2. Putar dengan kelajuan perlahan selama lebih kurang 3 minit...gunakan pemutar mixer yang berpusing2 tu yer..bukan yg kita pukul telur tu.
3. Masukkan secubit garam dan separuh tepung.
4. Putar lagi, sederhana dan laju lebih kurang 5-8 minit. Masukkan tepung sedikit2 hingga rasa2 besi mixer dah ketat. Stop. Tanggalkan besi.
5. Uli guna tangan dengan menambahkan baki tepung hingga adunan tidak lagi melekat pada jari..tepung tak habis pun takper. Bila da tak melekat kat tangan biar je la tepung tu berlebih.
6. Bahagikan kepada 12 bahagian. Masukkan inti, tutup kemas2.
7. Biarkan 45 minit. Sapu kuning telur dgn berus.
8.Bakar 20 minit dgn suhu 180 ºC...oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan adunan.
9. Da masak, sapukan dgn mentega yg da dicampur sdikit gula icing @ mentega saje pun boleh.
10.Siap dah.. boleh ngappp..panas2 sedap weh.