Assalamualaikum wbt..
Sebelum memulakan entry pagi ini, marilah sama-sama kita berdoa agar kejadian banjir terutamanya di negeriku, Pahang Darul Makmur akan bertambah baik. Sedih sangat hati ini sebenarnya kerana kakakku tercinta juga terperangkap dalam banjir yang melanda di Kemamam, Terengganu. Jika kita melihat di media-media sosial, gambar suasana banjir di Kemamam amatlah teruk sehingga diumpamakan seperti sebuah pulau. Nasibnya amat malang kerana setelah rumah dinaiki air, mereka berpindah ke bengkel rakan suaminya yang agak tinggi kedudukannya. Kemudiannya barulah mereka ke pusat pemindahan yang berada berhampiran.Namun mereka tidak diterima di situ dengan alasan terlalu penuh orang di sekolah tersebut. Kesian dekat kakak saya sekeluarga ni. Di bengkel yang mereka duduki itu tiada bekalan makanan dan air bersih. Teringin sangat membantu kakak, tetapi tiada cara kerana kenderaan tidak boleh masuk. Wang ringgit pun tiada guna pada masa ini kerana semua bank tutup akibat dinaiki air. Hanya berdoa sahaja kepada Allah agar mereka sentiasa dalam lindungaNYA.
Baiklah, berbalik kepada tajuk di atas, sempena bulan ini Shaklee Malaysia mengadakan promosi untuk produk Omega Guard, maka saya mengambil kesempatan untuk bercerita tentang manfaat produk ini.
Apa itu Omega Guard?
Omega 3
adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat
penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh
manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu
mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.
Sumber EPA
dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding
tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.
Tahap
enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan
lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak
guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain
kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.
Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memasastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.
ADA PROMO TAU BULAN NI
Khasiat / Manfaat Omega Guard
1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
Kelebihan Omega Guard Shaklee berbanding jenama lain.
1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair
sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari
ketumpatan minyak hati ikan.
4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3
semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal
berteknologi terkini
7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask
omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum,
merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
Siapa pula yang Perlukan Omega Guard???
Semua orang yang inginkan kesihatan jantung, otak cerdas, wanita mengandung, kanak-kanak, kedua orang tua kita...pendek kata semua orang yang mahukan manfaat yang saya nyatakan di atas.
Berminat nak beli produk ini ?
Belilah dengan saya, Puan Siti Aishah Hasan ; Pengedar Shaklee sah anda!
COD : Lipis, Raub, Jerantut,Temerloh
Hubungi saya melalui
Emel : siputputih08@gmail.com
sms/whatsapp : 019-9080915
Jangan lupa lawati dan LIKE page saya : https://www.facebook.com/MamaCtaiStore?ref=hl