Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label luka cepat sembuh. Show all posts
Showing posts with label luka cepat sembuh. Show all posts

Tuesday, June 24, 2014

Tips Luka Bersalin Cepat Sembuh

Assalamualaikum wbt.

Bulan ini ramai betul rakan di sekeliling saya yang baru sahaja selamat bersalin anak. Ada yang normal dan ada juga sorang yang melalui pembedahan.

Di sini saya ingin kongsikan tips2 supaya luka bersalin cepat sembuh untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang telah bersalin, bakal bersalin dan juga untuk rujukan para suami. Tips-tips ini saya perolehi melalui pembacaan, pengalaman sendiri dan juga petua2 dari orang tua.

  1. Pastikan bahagian luka sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan.
  2. Basuh luka dengan air garam dan keringkan. Boleh juga duduk sekejap dalam besen yang diisi dengan air garam suam.
  3. Elakkan menyapu sebarang ubat traditional di bahagian luka pada 10 hari pertama. Penggunaan ubat traditional ini dikhuatiri mengganggu proses percantuman kulit. 
  4. Tukar tuala wanita dengan kerap. Kawasan yang terlalu lembab akan menyebabkan luka lambat sembuh.
  5. Ambil serat dan air secukupnya bagi mengelakkan sembelit. Sebagai persediaan awal, boleh ambil supplement Ostematrik. Di samping membekalkan kalsium buat ibu dan bayi, ia sangat-sangat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit selepas bersalin.
  6. Ambil vitamin C untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Selain itu, multivitamin juga sangat membantu.  
Setakat ini dahulu buat masa ini. Inn shaa Allah akan di update dari masa ke semasa.

Sunday, January 5, 2014

LUKA CEPAT KERING DAN SEMBUH

Assalamualaikum wbt..
Lama juga saya tak menulis post baru di sini. Banyak sebenarnya idea di kepala ni. Terutamanya resepi2 baru yang menunggu giliran untuk dpaparkan di blog ini, tetapi apakan daya. Masa tak mengizinkan.
Hari ni saya ingin berkongsi kegembiraan ibu rakan fb ni yang mengalami luka yang agak besar sehingga berjahit. Beliau telah memberikan ibu beliau makan supplement shaklee Zinc Complex dan ibu beliau mengambilnya seperti saranan. Hasilnya sangat menakjubkan. Cuba lihat gambar yang saya kepilkan bersama ini. Semuanya dengan kuasa Allah, namunkita sebahai manusia, perlu berusaha bagi mendapatkan kesihatan terbaik buat diri kita.
Terima kasih Puan Noor kerana sudi berkongsi pengalaman beliau. Jadi bagi pembaca yang bakal menjalani pembedahan, bakal bersalin bolehlah membuat persediaan awal untuk penyembuhan luka yang cepat. Jangan lupa berDOA pada Allah yang berkuasa memberi kesembuhan.