Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Roti Kacang Merah Uli Tangan

Assalamualaikum wbt.

Hari semalam sangat membahagiakanku, kerana roti kacang merahku kali ini menjadi. Dulu2 saya pernah try guna resepi di akhbar, tapi tak menjadi. Semalam buat guna resepi En. Mat Gebu yg dicedok do My Resepi. Tp Encik Mat guna BM, saya uli guna tangan aje..rsepinya pun ada derhaka sikit  En Mat..Saya pun macam En Mat jugak, selalu derhaka resepi orang..:-). Saya nak minta maaf kt en mat sebab tak leh nk letak backlink, coz guna blogger mobile. Ok la, jom tgk resepinya.

Bahan2 (12 biji)

€ 250 tepung roti

★120 ml air ( saya sukat guna botol susu anak je, sng sbb ada senggatannya kan)

★40g mentega (guna farmcow)

★30 g telur (saya letak sebiji telur gred A)

★20 g susu tepung (sy letak 1 sudu besar penuh)

★  40 g gula kastor

★ 1 sudu teh yis (saya guna jenama Pak Maya)

★1/2 sudu teh bread improver

★1/2 sudu teh bread softener/emplex

€1/2 sudu teh garam 

Bahan lain :-

*inti kacang merah secukupnya - bulat2kan dalam 12 biji.

*telur kuning sebiji dan sesudu besar mentega

CARA-CARA

Caranya, kalu ikut en Mat, mudah je..masukkan semua dalam bread maker kecuali bahan lain.

Cara saya :

1. Masukkan semua bahan bertanda ★ ke dalam besen besar atau bekas mixer.

2. Putar dengan kelajuan perlahan selama lebih kurang 3 minit...gunakan pemutar mixer yang berpusing2 tu yer..bukan yg kita pukul telur tu.

3. Masukkan secubit garam dan separuh tepung.

4. Putar lagi, sederhana dan laju lebih kurang 5-8  minit. Masukkan tepung sedikit2 hingga rasa2 besi mixer dah ketat. Stop. Tanggalkan besi.

5. Uli guna tangan dengan menambahkan baki tepung hingga adunan tidak lagi melekat pada jari..tepung tak habis pun takper. Bila da tak melekat kat tangan biar je la tepung tu berlebih.

6. Bahagikan kepada 12 bahagian. Masukkan inti, tutup kemas2.

7. Biarkan 45 minit. Sapu kuning telur dgn berus.

8.Bakar 20 minit dgn suhu 180 ÂșC...oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan adunan.

9. Da masak, sapukan dgn mentega yg da dicampur sdikit gula icing @ mentega saje pun boleh.

10.Siap dah.. boleh ngappp..panas2 sedap weh.




Monday, April 1, 2013

Mexico Bun a.k.a Roti Boy

Assalamualaikum..
Lama tak menulis. Hari ni nak kongsikan resepi Roti Mexico @ Roti Boy yang baru kubuat minggu lepas. Suka sangat sebab menjadi walaupun ku hanya menggunakan tepung gandum sahaja. Resepinya kuambil daripada DianaA dan Lilydvalley daripda My Resipi. Resepi rotinya daripada Lilydvalley manakala untuk topping dan intinya daripada DianaA.

Ini la hasil air tanganku..

Close-up Roti Mexico

Gambar ni tanpa flash, kuning sket.

Gebus kan !

Roti baru keluar dai oven

Sedap..!

Dah siap cuci mata, kita layan resepinya pulak. Resepinya diubah oleh saya kerana menggunakan apa yg ada di rumah aje.

Resepi asal di sini 

Bahan untuk Roti

  • 500 gm tepung berprotin tinggi-di ayak  (Saya guna tepung gandum yg diayak)
  • 2 sudu kecil bread improver (optional)
  • 2 sudu kecil bread softener (optional)
  • 20 gm susu tepung
  • 75 gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis mauripan
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur- dipukul
  • 250 ml air/ susu segar (* Jangan guna susu tepung jika menggunakan susu segar) (Saya guna air je)
  • 60 gm mentega

Cara-cara

  1. Campurkan tepung yang telah diayak, gula kaster dan garam didalam mixer dan putar pada kelajuan perlahan selama 1 minit. 
  2. Masukkan yis, telur dan air. 
  3. Putar selama 1 minit pada kelajuan perlahan. 
  4. Putar lagi pada kelajuan sederhana selama 8 minit. 
  5. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti menjadi lembut dan licin. 
  6. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram (boleh dapat 17 bahagian).(Saya tak timbang pun & dapat 13 biji yg besar2). Bentukkan bulat. 
  7. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit. (Saya tutup dengan plastic wrap). 
  8. Menggunakan telapak tangan leperkan adunan roti. 
  9. Letakkan inti di tangan dan tutup dan kemaskan (mesti tutup betul kalau tidak sewaktu membakar inti akan terkeluar dan cair). 
  10. Bentukkan bulat dan letakkan atas loyang pembakar yang telah disapu mentega. 
  11. Ulangi untuk bulatan roti yang lain. Letakkan roti pada jarak 7.5cm diatas loyang pembakar. (tak ukur pun agak2 aje) 
  12. Ketepikan untuk diperap selama 45 minit didalam suhu suam. (untuk perap ni saya dah panaskan oven sedikit dlm 2, 3 minit-samp oven warm je, then masukkan roti utk diperap 45 minit)
  13. Pipe toppping diatas roti bentuk spiral (bulat-bulat) bermula dari tengah. (Masa piping u=inti tuh boleh la panaskan oven 170 darjah Celsius)
  14. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga roti kekuningan.(bergantung pada oven masing2 juga ye)
Resepi asal topping & Filling sini yer.

Filling  

  • 100 gram mentega bergaram, dilembutkan
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 35 gram gula perang ( Saya blend gula melaka)
Cara-cara
  1. Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. 
  2. Masukkan essence & gula perang. 
  3. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.
Topping 
  • 100 gram mentega, dilembutkan
  • 80 gram gula aising, diayak
  • 2 biji telur, dipukul sedikit
  • esen kopi :- 3 sudu makan NESCAFE dicampurkan dengan 2 sudu besar air (Saya guna 3 sudu besar kopi segera Adabi + 1 sudu air)
  • secubit serbuk kayu manis, boleh dicampur kedalam esen kopi (tak letak sebab takde kat umah)
  • 100 gram tepung serbaguna, diayak (guna tepung gandum je)

Cara-cara
  1. Putar mentega dengan mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. 
  2. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & esen kopi. 
  3. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. 
  4. Masukkan dalam piping bag
  5. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan. 

Sejujurnya saya sangat seronok dengan resepi ni sebab 1st time buat terus menjadi.. Mr Hubby siap request lain kali buh inti kacang merah pulak sebab dia memang peminat tegar roti kacang merah. Jadi ke yer kalu letak inti lain. Nanti akan ku cuba dan tengok lar jadik ke tak. :-)

Thursday, February 28, 2013

Pizza Lagi

NIE LAST PIZZA YANG DIBUAT SEBELUM DELIVER MY 2ND BABY..SEBENARNYA NAK MENGHABISKAN STOK2 BAHAN YANG ADA..RESIPINYA SAMA DENGAN RESEPI2 SEBELUM NI..CUMA MEWAH BAHAN TOPPINGNYA.

SO, ARI NI NAK UPLOAD GAMBARNYA AJE..

Pizza





SUNGGUH KU TERLIURR NIH...(Almaklum skang ni baru masuk minggu ke 3 berpantang...huhuhu).