Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Wednesday, December 11, 2013

RESEPI KEK KEJU BAKAR MUDAH & YUMMY


Assalamualaikum wbt...
Lama saya tak kongsikan resepi kan. Di musim tengkujuh ni, perut asyik minta diisi aje. Jadi apa lagi, jom la masak. :-)
Jom layan resepi mudah  di musim tengkujuh ni..masa membuatnya sangatlah singkat dan bahannya juga mudah didapati.

Bahan-bahan :

250g krim cheese
2 biji telur
90g gula kastor
2 sudu besar jus lemon (boleh je nak ganti dengan jus limau kasturi)
3 sudu besar tepung gandum
200 ml fresh krim atau 200g plain yogurt  

Cara-cara

1. Panaskan oven 170 darjah celsius. Gliskan loyang dengan butter & alas dengan kertas minyak.
2. Masukkan semua bahan dalam mixer atau blender. 
3. Mix atau blender sampai jadi macam krim atau sebati.
4. Masukkan dalam loyang & bakar 40-45 minit. 
5. Setelah 30 minit, tutupkan permukaan dengan aluminium foil untuk elakkan permukaan kek hangus.
6. Bila dah sejuk simpan dalam peti sejuk semalaman.

Saya ubahsuai sket resepi ni dengan tambah base kat bawah kek tu. Caranya seperti di bawah.

Bahan-bahan :
1. 20 keping biskut wheatameal Jacob ( boleh juga guna biskut2 lain seperti oreo dibuang inti, biskut marie, biskut tiger dll)
2. 50 g butter/mentega dicairkan.

Caranya :
1. Kisar halus biskut dan campurkan dengan mentega cair tadi. Padatkan pada dasar loyang.
2. Bakar kejap. Kalau malas, tak bakar pun takpe. (sebab saya kadang2 buat bakar, kadang2 tak bakar..tetap ok aje, tp adala perbezaan rasa. Bila bakar rasanya rangup lagi base dia ni)

Resepi asalnya adalah daripada myresepi oleh Tn33..Klik sini yer untuk lihat original resepi. 
http://www.myresipi.com/top/detail/16524
Thanks to owner resepi.
Selamat mencuba kawan2.




Monday, September 2, 2013

Kek Lapis Chiffon Pandan


Gambar ni ihsan dari ppm sekolahku yang baru buat syawal baru ni. 
Sendiri punya da banyak kali buat tapi lupa nak snap.

Malas nak taip banyak2, nanti terjaga pulak si mahdi. jom layn resepinya.

BAHAN-BAHAN
1 buku kek chiffon (jenama samudera berlambakmkat kedai rucit atau pasaraya)
*1peket agar2 serbuk 10 g (tengokmbetul2 masa beli sebab ada pelbagai kuantiti agar2 ni yer)
*1 tiub tepung hoen kwe hijau
*1 kotak santan 200ml ( guna santan segar lagi bagus)
*500ml air pandan (ambil daun pandan, kisar dengan air dan tapis)
*500ml air
*1 cawan gula
*Secubit garam.

CARA-CARA
1. Potong kek chiffon 3 lapis atau mengikut ketebalan disukai.
2. Gliskan loyang dengan minyak sedikit untuk mengelakkan kek lekat.
3. Dalam periuk, campurkan semua bahan bertanda *Dengan api perlahan
4. Kacau hingga likat dan Pekat.
5.Lapiskan ke dalam loyang, dimulai dengan lapisan kastad, kek, kastad, kek, kastad.
Apabila sejuk, simpan dalam  peti sejuk.
Keluarkan, hias dengan kelapa parut.