Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Spectra 3 Breast Pump. Show all posts
Showing posts with label Spectra 3 Breast Pump. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Review Breast Pump Spectra 3

Assalamualaikum pembuka bicara...

Hari ni nak tulis pendapat saya sendiri tentang pam payudara jenama Spectra 3 yang telah saya beli 2 tahun lepas (2011). Pam ini pam jenis elektrik ya..Saya beli terus pam ini dengan 2 corong. Jadi dapatlah mengepam kedua2 belah payudara dalam masa yang sama. Menjimatkan masa dan hasil pun lebih banyak. Pada pendapat saya pam jenama ini sangat sesuai bagi mereka yang ketiadaan masa ( seperti sayalah tu ). Tetapi ia memerlukan kita sentiasa berada di kawasan yang ada sambungan elektrik. Saya senaraikan beberapa kelebihan yang saya rasakan menggunakan pam ini :

  1. Menjimatkan masa kerana boleh buat double pumping & boleh jadi freestyle jika menggunakan nursung bra.
  2. Menghasilkan lebih banyak susu berbanding pam manual.
  3. Tidak menyakitkan puting.
  4. Corong pam boleh disesuaikan dengan kebanyakan botol biasa seperti pureen, fiffy, pigeon, anakku dan lain-lain botol yang kepala botolnya kecil. Jadi selesai mengepam tidak perlu salin ke botol lain. hanya buka corong, tutup botol dan simpan dalam peti. Ini berdasarkan pengalaman menggunakan 3 jenis pam iaitu pureen manual, avent manual dan spectra 3 double electric. (Jika pam avent memang hanya boleh guna untuk botol avent sahaja).
  5. Harganya dalam kategori sederhana bagi saya dan mampu milik jika nak dibandingkan dengan pam jenama medela (actually teringin gak nak rase pakai medela freestyle yang orang duk kata best tu). ketika beli dulu harganya RM338 di www.enjoybreastfeed.com
Kekurangan pam ini  pula :
  1. Agak berat (tetapi kuusung juga masa anak sulung dulu)
  2. Kurang sesuai jika travel kerana tidak dapat mengepam dalam perjalanan (dalam kereta). Jika travel pam manual atau yang menggunakan bateri sangat disyorkan. Tetapi jika beli car adaptor tu, boleh la juga guna dalam kereta. Ada aksesori ni tapi saya tak beli.
  3. Bunyinya boleh tahan la :-)
Ini sahajalah sedikit review daripada saya sebagai pengguna. Nak tengok hasilan saya masa anak sulung dulu kat SINI ..perbandingan dengan pam avent manual.

My Breast Pump :  Spectra 3

Monday, February 13, 2012

Breast Pump

My 2nd Breast Pump
Nie la hasilnya setelah 20 minit.

 Pam ini jenama Philip Avent Manual. Penat juga la coz for me it's take about 30-40 minutes to finished both breast. So, sejak baby Ammar da tak mo direct feeding sebelah siang rasanya perlu la tukar pam ni kepada yg letrik double coz da tak larat lg nak mengepam. Penat + take too much times. 

My 3rd Brest Pump

My 3rd Brest Pump ni jenama Spectra 3. Baru je sampai tengahari tadi and kat bawah nie adalah hasil pertama petang tadi. boleh tahan la, tp aku masih kurang puas ati.. Maybe betulla kot kubaca review2 orang lain sebelum nie yg Cik B kita nie ambil masa juga tuk stimulate pam baru..Moga2 lepas ni, kedua2 botol ni akan bertambah julah isinya utk bekalan baby Ammar...AMIN.




Hasil Spectra 3


Hasil satu sesi mengepam



Inilah hasilnya kini...setiap sesi aku akan dapat lebih kurang 7-8 oz...alhamdulillah, syukur..berbaloi rasanya membeli pam ni walaupun agak mahal. Sebenarnya jika dikira, tidaklah mahal kerana jika Ammar diberi susu formula sekarang ni mungkin sudah bertin susu yang diminumnya, dan lihat pula jenis susu yang diminum..Darabkan dengan usianya yang hampir 5 bulan, rasanya dah lebih dari harga pam ni..(masa beli dulu RM 338, kat sini )