Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 12, 2012

PUDING KEJU @ CHEESE PUDDING

Assalamualaikum...lama tak menulis dan tak menjengah ke sini. Cuma selalu menjengah ke blog-blog orang mencari-cari resepi..Banyak juga la resepi yang da dicuba, cuma tak sempat nak upload sini..On the way..Kita mula upload ngan resepi Puding keju yang dicuba pada petang Jumaat ni sewaktu Ammar tido td..tu pun tengah2 nak tuang adunan ke dalam loyang dengar bunyi dia gedebuk jatuh dari buaian (dia lum pandai turun betul2 lagi.baru 11 bulan 2 minggu..lg 4 bulan nak dpt adik lak..sb tu ler lama tak jenguk blog nie, bzy ngan dia n mslh awal preggy..hehe).

NIE LER PUDING KEJU HASIL AIR TANGANKU PETANG NI. MASIH SUAM NI..TGH MENANTI MASA UTK DIMASUKKAN DALAM PETI AIS


Resepinya saya ambil daripada Blog Along :  HomeKreation
Along, Tq atas resepi yang sedap dan mudah ni.. izinkan saya copy resepimu di sini ye.Utk resepi asal sila klik pada link di bawah ye. Kalau nak g blog along g la link atas tu, macam2 resipi ada.

RESEPI ASAL



BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula (Saya kurangkan jadi 100g sahaja)
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan

Tak sabar rasanya utk menikmati puding ni..Sekian dulu untuk hari ini..Ammar ni da nyibuk2 nak tekan2 keypad ni juga.

Jam 10 malam tadi saya dah mula merasmikan puding yang da sejuk nie..Ermmm..memang sedap. Suami pun puji. Seronok rasanya bila makanan yang dimasak kita dimakan dengan berselera oleh cik abang kan..kan..
Taraa...nie ler rupanya setelah dikeluarkan daripada loyang..Baru makan sket je, sebab masing-masing da kenyang pas dinner.





No comments:

Post a Comment