Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 5, 2012

PERKEMBANGAN TUMBESARAN ANAKKU..2

9 bulan

Mama sedih masa nie coz terpaksa stop breastfead Ammar. Sebabnya ? Mama dan preggy 3 mth++. Ayah, JM & kawan2 ramai suruh Mama stop BF Ammar. Takut adiknya nanti tak cukup zat. Mama akui, memang penatnya terasa sgt bila BF & preggy. So, bila Ammar da 9 bulan lebih..Mama pun mula la stop BF Ammar. Tapi hati ni sedih sangat terutamanya apabila malam2 Ammar merengek-rengek.


10 bulan  

10 bulan nie gigi Ammar da tumbuh 2 batang, dia da pandai meniti-niti di birai meja atau apae2 je la tempat yang dia berpegang. Walaupun baru dia batang, tetapi dia suka mengetes giginya kat kita. Tak la terasa sangat kena gigit ngan gigi bawah aje.. Hm..tunggu la bila gigi atas dia tumbuh nanti, mesti sakit kan. Tapi belum pandai bercakap lagi. Tak sabar rasanya nak dengar perkataan pertamanya kelak. Masa ni dia memang aktif mengutip apa sahaja benda yang ditemuinya. Mama dia kena la selalu pastikan rumahnya bersih. Tapi kadang-kadang tak sempat juga. Hmmmm..


 11 bulan
Menjangkau usia 11 bulan ni dia da mula berdiri-berdiri jatuh. Selalunya dia berdiri, tepuk tangan dan duduk atau kadang-kadang terduduk. Becakap belum lagi, tapi membebel dalam bahasa dia makin kuat. Peramah agaknya dak Ammar ni nanti. Gigi atasnya pun da tumbuh dua batang. Kejenya asyik nak menggigit orang aje..Sabar je la walaupun kadang-kadang tak tahan sakit. Sekarang nie kekerapan dia bangun malam menyusu pun da kurang. kadang-kadang tak bangun langsung pun..kadang-kadang sekali aje. Tima kasih Ammar, buat mama tido lena dah.

  


Almost 1 year 

Hmm...tinggal 4 hari lagi sebelum hari kelahiran puteraku, Muhammaf Ammar. Sekarang Ammar da pandai berdiri tegak, melangkah dalam 2, 3 langkah gitu. Hari ni satu pencapaian baru baginya yang pertama kali kulihat aksi sebegitu. Dia mengambil handsetku dan meletakkannya di pipi dia dan beraksi seolah-olah sedang bertelefon Tapi hingga kini dia masih juga belum pandai bercakap. Insyaallah tak lama lagi bercakap la tuh..Tak lama lagi Ammar nak jadi abang long pulak.. :-).. Rezeki. 

Ammar Dah Pandai berjalan..Alhamdulillah..

Masa ni, umur Ammar baru je 1 tahun 1 minggu, tapi jalannya masih mudah rebah. Terutamanya apabila dia menapak laju. seronok rasanya hati ni bila tengok dia da mula berjalan. Maknanya, perkembangan dia normal la. Bukan apa masa Ammar cucuk setahun tu, kebetulan ada sorang kanak-kanak ni umurnya da setahun 9 bulan tapi macam baru bertatih. Rupanya perkembangannya tidak normal dan JM kat situ da bagi tarikh untuk berjumpa pakar kanak-kanak. Kata JM tu. kanak-kanak normal, paling lambat berjalan pun 1 tahun 5 bulan.. Jika belum, akan disyorkan berjumpa pakar kanak-kanak.
Nasib baik anak mama dan boleh jalan. 

Cukup2 setahun 2 minggu, jalannya da makin laju dan jatuhnya pun dah kurang..Mama lak da preggy 7 month. Sangat penat nak melayan karenah anak mama yang makin aktif ni. Tapi bercakap belum juga lagi.. Masa nie, gigi Ammar da 6 batang, 2 sebelah bawah dan 4 sebelah atas. Sangat kuat menggigit mama dan ayahnya ni. Dia juga makin aktif memanjat apa2 sahaja yang boleh dipanjatnya..Hmm...penat betul mama dibuatnya.


No comments:

Post a Comment