Salam buat semua.. Hari ni saya nak kongsikan
resepi rendang ayam kampung yang enak dimakan bersama lemang dan ketupat. Saya
ni orang yang terlebih pandai menganyam ketupat, sebab tu la rebus ketupat
segera aje.. Hehehehe
Resepi nih resepi turun temurun
keluargaku..Sejak da berkahwin ni, selalu juga la ada permintaan daripada kakak
iparku suruh masak rendang ayamku ni.
Moh kita tengok resepinya.
Rendang ayam kampung |
Rendang ayam kampung bersama nasi impit |
Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung @ ayam daging pun boleh
Bahan A - dikisar
5
ulas bawang merah
1 ulas bawang besar
*Tapis
dan ambil airnya untuk kisar bahan2 B (petua orang tua2)
Bahan B - dikisar
4
ulas bawang putih
Seinci kunyit hidup
Seinci halia
½ inci lengkuas
5-6 batang serai
8-10 tangkai cili kering
Bahan c - Digoreng tanpa minyak dan dikisar kering jadi
serbuk
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 sudu teh ketumbar
3 biji buah keras – buah keras kisar
berasingan yer.
1-2 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Santan pekat dari sebiji kelapa @ kalau beli santan
segar kat kedai sini dalam RM3.
Cara-caranya
~masakan
ni ambil masa lama juge la.
1. Potong ayam, cuci dan ketepikan. Jika ayam kampong
yang dah tua sangat boleh la direbus dahulu.
2. Tumiskan bahan A sehingga bawang berwarna
perang @ coklat.
3. Masukkan bahan B dan kacau.
4. Masukkan bahan C, kulit kayu manis, bunga
lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis lagi.
5. Masukkan ayam dan kacau.
6. Masukkan santan dan kacau hingga kuah menjadi
pekat yang dikehendaki.
(Ada orang suka kering betul & ada orang
suka berkuah sikit).
7. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris.
8. Siap. Sedia untuk dihidangkan.
# Ketupat tu tak yah la bagi resepinya kan
sebab saya pun beli yang segera kat dalam peket dan rebus je.
No comments:
Post a Comment