Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 30, 2012

Happy Birthday My Son..Muhammad Ammar


24 OKTOBER 2012...CUTI UMUM BAGI SELURUH NEGERI PAHANG. KENAPA YEK? SEMPENA HARI LAHIR ANAK SAYA KE? HEHEHE...Kebetulan Ammar lahir pada hari yang sama gak ngan Sultan Pahang.

 SELAMAT HARI LAHIR ANAK MAMA! Setahun da rupanya. Sekejap aje..rasanya baru je semalam mama melahirkanmu. Semoga Ammar menjadi anak yang soleh. AMIN.

Oreo Cheese Cake..tak deco pun, cuma tulis ngan choki-choki je. Mama tak sempat la coz sek baru pas sukan..

Kek ni mama buat khusus utk hari lahir anak mama. Tapi anak mama tak pandai menikmatinya lagi.Takpe la, yang penting ayah dan mak-mak sedaranya kata SEDAPP..macam secret resepi. Kek ni mama buat guna resepi yang diperoleh daripada blog Pn Emiliaputeri. Tq ye kak, next time pasti akan buat lagi!

For the recipe, just click HERE

Friday, October 12, 2012

MEAL PLANNER FOR BABY AGE 9 - 12 MONTHS


Assalamualaikum semua.. 
Di sini saya ada maklumat tentang rancangan pemakanan bagi bayi berumur 9-12 bulan. Saya dapat ni kat group facebook  homemade solid food for baby   (http://www.facebook.com/groups/solidforbaby/) .
So, bagi rakan-rakan yang anaknya dalam lingkungan umur nie, bole la ambil sebagai panduan.

MEAL PLANNER FOR BABY AGE 9 - 12 MONTHS

BREAKFAST
Meal 1
1-2 slice bread + jam, sliced
½ apple
Milk feed (as needed)*
Meal 2
1 pancake roll, sliced
½ small banana
Milk feed (as needed)*
Meal 3
½ - ¾ cup fried mee hoon, moist
½ small banana
Milk feed (as needed)*

MID MORNING
Meal 1
3-4 tbsp scramble egg* 
Meal 2
3-4 tbsp steamed tauhoo cubes with sause* 
Meal 3
3-4 tbsp cereal

LUNCH
Meal 1
6-10 Tbsp rice porridge, fish, veges*
3-4 tbsp orange cubes
Milk feed (as needed)* 
Meal 2
6-10 Tbsp noodle in chicken soup, veges*
3-4 tbsp watermelon cubes
Milk feed (as needed)*
Meal 3
6-10 potato, chicken, veges porridge*
4 – 5 grapes
Milk feed (as needed)*

MID AFTERNOON
Meal 1
Raisin
Meal 2
Assorted biscuits
Meal 3
Assorted biscuits

DINNER
Meal 1
5 - 8 noodle, chicken, veges*
3-4 tbsp soft pear
Milk feed (as needed)*
Meal 2
5 - 8 pasta in sauce*
3-4 tbsp papaya cubes
Milk feed (as needed)*
Meal 3
5 - 8 Tbsp cereal (nestum)*
 3-4 tbsp mango cubes
Milk feed (as needed)*

SUPPER
Meal 1
Milk feed*
Meal 2
Milk feed*
Meal 3
Milk feed*

Kek Coklat Kukus

Kek coklat kukus nie pun da buat lama, untuk our anniversary 22 Mei tahun nie. Resepinya pun ambil kat MyR jugak. Suka guna resepi kat situ bukan pe, sebab ada laporan masakan. Maknanya da ada orang buat dan jadi. Kadang-kadang kalau kita guna resepi yang ada dalam buku tu ada masanya elok jadi. Ada masanya memang menyakitkan hati, padahal kita ni ikut resepi mereka sebiji2. Bak kata akak iparku, orang yang bagi resepi ni kadang-kadang tu ada la satu dua bahan yang mereka tak bagitau. Takut nak bagi semua nanti tak laku pulak bisness diaorang. (Boleh caya ke ek?) Entahla.

Untuk resepinya, KLIK SINI YE .

Ni pulak hasil air tanganku :-

Tak pandai deko lagi.





Biskut Almond London

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Nak post resepi biskut Almond London pulak. Lama da buat dan da upload kat MyResipi. Biskut nie sy buat ikut resepi Mama Kastam Tioman kat My Resipi tu la.

Untuk resipinya sila klik kat SINI YE. Yang bestnya resepi mama nie dia siap ada gambar step by step lagi. Mudah nak paham bagi budak baru belajar macam saya ni.. :-)

Nie picture my Almon London.. yang pasti saya da buat berkali-kali guna resipi ni. Memang menjadi n sedappp! Diakui oleh ahli keluargaku.

Kecik je gambarnya sebab ambil kat MYR tu..Yang dalam pc ni entah mana2 simpanya.
 Tima kasih buat Mama Kastam Tioman . Minta halal ilmu ye kak.

PUDING KEJU @ CHEESE PUDDING

Assalamualaikum...lama tak menulis dan tak menjengah ke sini. Cuma selalu menjengah ke blog-blog orang mencari-cari resepi..Banyak juga la resepi yang da dicuba, cuma tak sempat nak upload sini..On the way..Kita mula upload ngan resepi Puding keju yang dicuba pada petang Jumaat ni sewaktu Ammar tido td..tu pun tengah2 nak tuang adunan ke dalam loyang dengar bunyi dia gedebuk jatuh dari buaian (dia lum pandai turun betul2 lagi.baru 11 bulan 2 minggu..lg 4 bulan nak dpt adik lak..sb tu ler lama tak jenguk blog nie, bzy ngan dia n mslh awal preggy..hehe).

NIE LER PUDING KEJU HASIL AIR TANGANKU PETANG NI. MASIH SUAM NI..TGH MENANTI MASA UTK DIMASUKKAN DALAM PETI AIS


Resepinya saya ambil daripada Blog Along :  HomeKreation
Along, Tq atas resepi yang sedap dan mudah ni.. izinkan saya copy resepimu di sini ye.Utk resepi asal sila klik pada link di bawah ye. Kalau nak g blog along g la link atas tu, macam2 resipi ada.

RESEPI ASAL



BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula (Saya kurangkan jadi 100g sahaja)
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan

Tak sabar rasanya utk menikmati puding ni..Sekian dulu untuk hari ini..Ammar ni da nyibuk2 nak tekan2 keypad ni juga.