Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 25, 2012

PERKEMBANGAN TUMBESARAN ANAKKU



ALHAMDULILLAH, Ammar kini dah 6 bulan. Dia kini telah pun pandai berlaju ke hadapan, ke belakang dan berpusing 360°. Tiba2 kurasakan mahu berkongsi serba sedikit tentang perkembangan si kecilku ini. Mungkin boleh dijadikan panduan di kemudian hari (manalah tau nanti dapat rezki Ammar nak beradik pulak kan). Amin..



Mengiring
My baby Muhammad Ammar mula pandai mengiring sejak dia berusia 3 bulan lebih. Tetapi sebelum tu, sejak lahir lagi saya da biasa tidurkan dia secara mengiring. Dalam tempoh berpantang kerap juga dia tidur mengiring. Tetapi lepas tu bila dia dah berkenalan dengan Cik Buai, dia mula tidur terlentang. Sehinggalah dia berusia 3 bulan barulah dia mengiring semula.


Meniarap dan Berlaju 
Ammar mula meniarap setelah usianya hampir 5 bulan. Pada usia 6 bulan seminggu dia mula berlaju. Kali pertama dia benar-benar berlaju mengejar sesuatu adalah pada 1 Mei baru ni. Kebetulan pada hari tersebut sekolahku mengadakan Hari Keluarga. Begitu terkejut kami kerana dia dengan lajunya mengejar piring kuih donat yang berada di hadapannya. Syukur Alhamdulillah. Pada minggu berikutnya (pada usia 6 bulan 2 minggu), dia sudah pandai mengangkat-ngangkat buntutnya, berpusing-pusing, mengundur dan berlaju ke depan.  Masa ni dia asyik tido meniarap aje. Mula-mula risau juga, tapi bila tengok dia ok je, so biarkan aje la. Nie la dia anak Mama yang encem. 
Siap meniarap dalam besen lagi...


Ammar da Mamam Makanan Pepejal / Solid Food
Seperti yang disarankan oleh klinik dan hospital, Ammar mula diperkenalkan dengan makanan pepejal ketiak dia berusia 6 bulan. Seronok rasanya bila dia da mula makan. Saya memilih memasak sendiri untuknya. Saya akan masakkan bubur nasi yang dicampur lobak merah dan ikan bilis. Cara penyediaannya mudah sahaja. Rebuskan beras bersama lobak dan ikan bilis sehingga menjadi nasi lembik. Kemudian kisar sehingga halus. Kadang-kadang saya tukarkan lobak tu dengan ubi kentang. Bila kita variasikan jenis makanan ni kita boleh lihat makanan apa yang digemarinya. Macam Ammar dia lebih suka kalau bubur tu ditambah dengan lobak merah berbanding dengan ubi kentang. Ada juga belikan dia bijirin Cerelac tu, tapi dia tak gemar. Bila disuakan dia punya reaksi macam nak muntah aje. Lebih gemar masakan mamanya lagi. Saya juga da mula belikan ‘baby bites’ MILNA perisa pisang untuknya. Kat mana ye nak cari biskut baby ni? Mudah je, pergi aje ke pasaraya-pasaraya cari dekat2 dengan bahagian susu bayi tu. Saya ni beli kat Tunas Manja aje, kalau pasaraya lain, tak tau la ye macam mane susunaturnya. Ada juga jenama lain seperti Heinz Farley (yang ni mahal sket, beza harga dalam RM2 gitu). Biskut nie ada 3 perisa iaitu original, pisang dan oren. Selain daripada dimakan, biskut baby nie boleh juga dicampurkan dengan air suam atau susu suam dan dijadikan seperti bubur la. Ammar saya tak gemar kalu da jadi macam tu. Tapi jarang-jarang sekali saya beri biskut tu. Tak larat berhabuk sangat.
Ammar da geram sangat dengan biskut tu…
Selain tu kat pasaraya tu ada juga saya tengok jenis bubur segera dalam botol kaca. Tapi saya tak try la.
Kat bawah nie ada resepi atau panduan untuk mula perkenalkan makanan pepejal kepada anak kita. Saya copy n paste daripada forum susuibu.com
“cerita pasal resepi yang sesuai utk baby, babysitter saya ada ajar masak bubur nasi+ayam@isi ikan merah dan celurkan daun bayam. bila dah masak, blender bubur dan kemudian tapis guna penapis besi. daun bayam pun kena tapis dan campurkan dalam bubur. pastu. boleh bagi dia makan sepotong betik. itu sesuai untuk baby yang baru nak blajar makan solid food. sebaik2 nya kita try bagi dia makan satu2 jenis makanan tu dalam masa beberapa hari untuk pastikan baby sesuai dan tidak alah dengan makanan tersebut. kalau ok, boleh la kita proceed. bila baby saya (ariff) dah masuk 6 bulan, saya cuba lebih varietykan makanan dia. saya masak bubur+carrot, goreng ikan bilis tanpa minyak dan blender halus2. bila nak makan, tabur ikan bilis dalam bubur. sometimes saya buat ubi kentang rebus+carrot, keledek rebus+carrot, fruits puree (rebuskan sekejap apple+pear+betik, then blender). saya juga ada bagi dia makan betik, orange atau limau. kalau hari cuti saya buatkan fresh orange untuk ariff. ariff pun makan nestum atau biskut farley bila ada hari2 yang saya tak sempat masak. yang penting, makanan baby ni kita tak perlu tambah sebarang bahan perasa macam garam atau gula sebab organ dalaman dia belum bersedia lagi untuk mencerna bahan2 tersebut. hopefully useful untuk korang semua...”

Saya juga turut mendapatkan panduan daripada laman web ni http://wholesomebabyfood.momtastic.com/. Kat sini maklumatnya sangat berguna buat new mommy macam saya ni..

7 bulan
Hari ini (24/5/12) genaplah Muhammad Ammar 7 bulan. Pe ye nak cite pasal 7 bulan nie.. Nanti la sambung kendian yek…

Erm...nak sambung lagi nih..Ammar ari ni, 7 bulan 3 ari dan mula boleh duduk. Tapi utuk jangkka waktu sekejap-sekejap la.. Dalam 4-5 minit gitu..2, 3 ari sebelum ni dia asyik mengangkat buntut aje. Nak duduk rupanya.