Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 18, 2013

Roti Kacang Merah Uli Tangan

Assalamualaikum wbt.

Hari semalam sangat membahagiakanku, kerana roti kacang merahku kali ini menjadi. Dulu2 saya pernah try guna resepi di akhbar, tapi tak menjadi. Semalam buat guna resepi En. Mat Gebu yg dicedok do My Resepi. Tp Encik Mat guna BM, saya uli guna tangan aje..rsepinya pun ada derhaka sikit  En Mat..Saya pun macam En Mat jugak, selalu derhaka resepi orang..:-). Saya nak minta maaf kt en mat sebab tak leh nk letak backlink, coz guna blogger mobile. Ok la, jom tgk resepinya.

Bahan2 (12 biji)

€ 250 tepung roti

★120 ml air ( saya sukat guna botol susu anak je, sng sbb ada senggatannya kan)

★40g mentega (guna farmcow)

★30 g telur (saya letak sebiji telur gred A)

★20 g susu tepung (sy letak 1 sudu besar penuh)

★  40 g gula kastor

★ 1 sudu teh yis (saya guna jenama Pak Maya)

★1/2 sudu teh bread improver

★1/2 sudu teh bread softener/emplex

€1/2 sudu teh garam 

Bahan lain :-

*inti kacang merah secukupnya - bulat2kan dalam 12 biji.

*telur kuning sebiji dan sesudu besar mentega

CARA-CARA

Caranya, kalu ikut en Mat, mudah je..masukkan semua dalam bread maker kecuali bahan lain.

Cara saya :

1. Masukkan semua bahan bertanda ★ ke dalam besen besar atau bekas mixer.

2. Putar dengan kelajuan perlahan selama lebih kurang 3 minit...gunakan pemutar mixer yang berpusing2 tu yer..bukan yg kita pukul telur tu.

3. Masukkan secubit garam dan separuh tepung.

4. Putar lagi, sederhana dan laju lebih kurang 5-8  minit. Masukkan tepung sedikit2 hingga rasa2 besi mixer dah ketat. Stop. Tanggalkan besi.

5. Uli guna tangan dengan menambahkan baki tepung hingga adunan tidak lagi melekat pada jari..tepung tak habis pun takper. Bila da tak melekat kat tangan biar je la tepung tu berlebih.

6. Bahagikan kepada 12 bahagian. Masukkan inti, tutup kemas2.

7. Biarkan 45 minit. Sapu kuning telur dgn berus.

8.Bakar 20 minit dgn suhu 180 ÂșC...oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan adunan.

9. Da masak, sapukan dgn mentega yg da dicampur sdikit gula icing @ mentega saje pun boleh.

10.Siap dah.. boleh ngappp..panas2 sedap weh.




1 comment: