Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 11, 2013

RESEPI KEK KEJU BAKAR MUDAH & YUMMY


Assalamualaikum wbt...
Lama saya tak kongsikan resepi kan. Di musim tengkujuh ni, perut asyik minta diisi aje. Jadi apa lagi, jom la masak. :-)
Jom layan resepi mudah  di musim tengkujuh ni..masa membuatnya sangatlah singkat dan bahannya juga mudah didapati.

Bahan-bahan :

250g krim cheese
2 biji telur
90g gula kastor
2 sudu besar jus lemon (boleh je nak ganti dengan jus limau kasturi)
3 sudu besar tepung gandum
200 ml fresh krim atau 200g plain yogurt  

Cara-cara

1. Panaskan oven 170 darjah celsius. Gliskan loyang dengan butter & alas dengan kertas minyak.
2. Masukkan semua bahan dalam mixer atau blender. 
3. Mix atau blender sampai jadi macam krim atau sebati.
4. Masukkan dalam loyang & bakar 40-45 minit. 
5. Setelah 30 minit, tutupkan permukaan dengan aluminium foil untuk elakkan permukaan kek hangus.
6. Bila dah sejuk simpan dalam peti sejuk semalaman.

Saya ubahsuai sket resepi ni dengan tambah base kat bawah kek tu. Caranya seperti di bawah.

Bahan-bahan :
1. 20 keping biskut wheatameal Jacob ( boleh juga guna biskut2 lain seperti oreo dibuang inti, biskut marie, biskut tiger dll)
2. 50 g butter/mentega dicairkan.

Caranya :
1. Kisar halus biskut dan campurkan dengan mentega cair tadi. Padatkan pada dasar loyang.
2. Bakar kejap. Kalau malas, tak bakar pun takpe. (sebab saya kadang2 buat bakar, kadang2 tak bakar..tetap ok aje, tp adala perbezaan rasa. Bila bakar rasanya rangup lagi base dia ni)

Resepi asalnya adalah daripada myresepi oleh Tn33..Klik sini yer untuk lihat original resepi. 
http://www.myresipi.com/top/detail/16524
Thanks to owner resepi.
Selamat mencuba kawan2.




Friday, December 6, 2013

KHASIAT OMEGA GUARD..........ADA SALE TAU BULAN NI

Assalamualaikum wbt..
Sebelum memulakan entry pagi ini, marilah sama-sama kita berdoa agar kejadian banjir terutamanya di negeriku, Pahang Darul Makmur akan bertambah baik. Sedih sangat hati ini sebenarnya kerana kakakku tercinta juga terperangkap dalam banjir yang melanda di Kemamam, Terengganu. Jika kita melihat di media-media sosial, gambar suasana banjir di Kemamam amatlah teruk sehingga diumpamakan seperti sebuah pulau. Nasibnya amat malang kerana setelah rumah dinaiki air, mereka berpindah ke bengkel rakan suaminya yang agak tinggi kedudukannya. Kemudiannya barulah mereka ke pusat pemindahan yang berada berhampiran.Namun mereka tidak diterima di situ dengan alasan terlalu penuh orang di sekolah  tersebut. Kesian dekat kakak saya sekeluarga ni. Di bengkel yang mereka duduki itu tiada bekalan makanan dan air bersih. Teringin sangat membantu kakak, tetapi tiada cara kerana kenderaan tidak boleh masuk. Wang ringgit pun tiada guna pada masa ini kerana semua bank tutup akibat dinaiki air. Hanya berdoa sahaja kepada Allah agar mereka sentiasa dalam lindungaNYA.
 Baiklah, berbalik kepada tajuk di atas, sempena bulan ini Shaklee Malaysia mengadakan promosi untuk produk Omega Guard, maka saya mengambil kesempatan untuk bercerita tentang manfaat produk ini.

Apa itu Omega Guard?

Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.



Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.



Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memasastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

ADA PROMO TAU BULAN NI



Khasiat / Manfaat Omega Guard

1.  Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

2.  Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan

3.  Mencegah salur darah dari tersumbat

4.  Omega 3 dapat mengelakkan strok

5.  Mengekalkan tekanan normal darah

6.  Membantu mengurangkan ketegangan urat leher

7.  Mengurangkan sakit kepala

8.  Merendahkan kolestrol

9.  Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan

10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL

11. Mengawal masalah obesiti

12. Mengurangkan risiko penyakit jantung

13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan 
      otak janin

14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak

15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak

16. Membantu menyihatkan paru-paru

17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll

18. Mengurangkan demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE 

      (lupus erythematosus)

19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik 
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout
  

Kelebihan Omega Guard Shaklee berbanding jenama lain.

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 

    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 

    ketumpatan minyak hati ikan.

4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 

    berteknologi terkini

7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 

    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 

    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
 
Siapa pula yang Perlukan Omega Guard???

Semua orang yang inginkan kesihatan jantung, otak cerdas, wanita mengandung, kanak-kanak, kedua orang tua kita...pendek kata semua orang yang mahukan manfaat yang saya nyatakan di atas.

Berminat nak beli produk ini ?
Belilah dengan saya, Puan Siti Aishah Hasan ; Pengedar Shaklee sah anda!
COD : Lipis, Raub, Jerantut,Temerloh
Hubungi saya melalui
Emel : siputputih08@gmail.com
sms/whatsapp : 019-9080915
Jangan lupa lawati dan LIKE page saya : https://www.facebook.com/MamaCtaiStore?ref=hl