Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 2, 2011

Berpantang Selepas Bersalin

Perkara yang perlu berpantang :

JANGAN makan ayam, daging, seafood , makanan bergoreng
MAKAN nasi kosong, ikan masin bakar ngan lada hitam, ikan haruan bakar atau panggang. Elakkan yang berkuah2. 
JANGAN minum teh, kopi, nescafe, milo, coklat . 
MINUM susu ngan air suam supaya senang buang air besar.

 MINGGU KEDUA DAN SETERUSNYA


Boleh makan ikan-ikan tertentu seperti ikan haruan (lagi cepat lagi bagus sebenarnya : untuk membantu menyembuhkan luka dgn cepat...jika dapat gamat lagi bagus), tenggiri, kerisi, ulam-ulam seperti daun pegaga, pucuk kacang dan pucuk gajus. Banyakkan makan i lada hitam dan halia, utk memanaskan badan dan membuang angin dlm bdn. Tetapi awas, pantau juga anak kita jika kita makan lada hitam banyak sangat takut efek kat dia sebab kita menyusukan dia. Jadi jgn la makan banyak sangat.
Jangan makan ikan yang bersengat (keli, sembilang, baung dll), ikan pari cili api, seafood, rebung,  nenas, buah-buahan sejuk seperti tembikai, limau, kulat/cendawan (terutama kulat tahun), durian dan  manggis, pisang emas, sayur-sayuranyang menyebabkan angin (nanti kita dan baby akan kembung)


Mengapa kita perlu makan makanan kering sahaja 1st week? sebab luka masih belum kering, jd kena la kurangkan makanan berlemak, nanti luka berair. Lambat sembuh.

Pakai stoking dan bertungku untuk memanaskan b7adan utk melancarkan perjalanan darah secara seimbang.

Berurut pula sangat perlu utk membetulkan kedudukan rahim. Biasanya kalau normal, hari kedua tu da boleh urut dah. Saya urut selama 3 ari berturut-turut.

Berbarut atau berbengkungadalah perlu dimana tujuannya adalah untuk panaskan rahim supaya pengecutan rahim tak berlaku secara mendadak. 
Selepas luka kering Kita para wanita digalakkan memandikan anak sendiri kerana ia adalah senaman ringkas yang mudah..saya dah mandikan sendiri anak hari ke 2..huhuhu.

Sebelum bersalin, jika boleh, buat list untuk para suami :
★apa yang boleh dan apa yg takleh dimakan selepas bersalin.
★Sediakan oven sebelum bersalin untuk memudahkan memasak
★Banyak resepi yang best utk para ibu yang baru bersalin, google je la yer.
★Suruh suamin tercinta cari ikan haruan atau gamat.. thanks abang, :-)....kalau payah, beli aje pati ikan haruan atau pati gamat dah proses, macam2 jenama ada.

Ini aje la dulu yer..ada lebih, saya update lagi.
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥♡

Nak cuba set berpantang Shaklee? 
Mari dapatkan dengan harga istimewa buat pengunjung blog ini.
Sms/whatsapp : 019 9080 915 (Siti Aishah)

Kelebihan set berpantang Shaklee
★luka cepat kering
★susu badan banyak
★boleh dimakan walaupun baby ada jaundice (kuning)
★badan cepat rasa segar dan bertenaga! Muka pula berseri2, tidak pucat.
★mudah membuang bahan kumuh (tidak sembelit)
★mudah diambil kerana berbentuk pil

Saya dan ibu2 lain dah merasai kehebatan set berpantang Shaklee. Anda pun cubalah..Pasti lepas ini tak pandang dah produk lain.