Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 25, 2012

CLOTH DIAPER @ LAMPIN KAIN MODEN

Assalamualaikum wbt..

Ari ni nak bercerita tentang Cloth Diaper @ lampin kain moden. Saya baru aje bertukar daripada menggunakan lampin pakai buang kepada lampin kain moden. Sebabnya? Langkah penjimatan kerana tak lama lagi bakal menimang cahaya mata baru. Sebenarnya daripada anak sulung lagi dah tertarik dengan lampin kain moden tie, tapi bila bincang dgn en suami, dia macam tak menggalakkan aje. Then bila pregnant lagi, saya syorkan lagi sekali. Dia pun bersetuju. Sebenarnya kos utk mula2 pakai lampin kain nie  memang agak tinggi, jadi saya beli sedikit-sedikit. Setakat ni baru aje 16 keping CD aje. Cuma insert dia je saya beli banyak sikit. So far baru dua hari pakai, da jimat la Pet-Pet dia untuk 2 hari ni. Rasa-rasanya lepas ni nak beli lagi dari jenama lain pulak. Cara nak menggunakan dan menguruskannya tidaklah serumit mana. nanti la lepas ni sambung lagi ye.. Time to sleep. Daaa..

Update..1 Mac 2013

Ni lah dia model cilikku yang tengah menggayakan CD

Antara stok CD Muhammad Ammar yang ready untuk dipakai.

Ni Nappy Liner untuk alas kat CD tu


Senang sahaja cara menggunakan CD ni..Macam nih yek :-
1.  Masukkan insert kat dalam poket CD (yang putih tu nama dia insert, yang colourful ada butang tu
     namanya CD).
2.  Letakkan liner kat atas CD. Liner ni kalau tak guna pun takper.
3.  Pakaikan pada baby.

CARA-CARA MENGENDALIKAN CLOTH DIAPER @ LAMPIN MODEN

# yang nih saya cut n paste dari sini http://www.lampinmoden.com/ iaitu tempat saya beli CD2 dengan harga offer yang memang berbaloi2.... :-)




  • Prewash 3 kali sebelum guna buat pertama kali tanpa menggunakan sabun (Basuh, jemur, basuh jemur, basuh jemur)
  • Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi
  • Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh
  • Gunakan sabun paling murah di pasaran, tiada peluntur tiada bahan kimia yang terlampau (contoh : Trojan, Harimau Kuat, Daia, Fab Antibakteria). Sabun membasuh baju bayi seperti Cosway Kiddie Wash, Pureen HAD adalah sangat disyorkan. Jangan sesekali menggunakan pelembut atau clorox yer. (me guna sabun 1 malaysia aje).
  • Gunakan laundry net untuk menjamin jangka hayat CD anda
  • Sidai (seeloknya di bawah cahaya matahari). Kesan kuning tahi akan hilang jika dijemur di bawah cahaya matahari. Tidak perlu berus yer. 
  • Angkat dan masukkan insert siap-siap untuk penggunaan siang 1 insert dan malam (2 inserts)

Cloth Diaper Bamboo Charcoal / Insert Bamboo Charcoal / Cotton



  • Prewash sekurang-kurangnya 6 kali.
  • Jangan campurkan dengan CD yang bukan jenis bamboo semasa prewash kerana dikhuatiri minyak pada bamboo akan menganggu penyerapan CD  jenis lain.
  • Selepas digunakan, boleh basuh bersama CD jenis lain.
  • Setelah lebih 10 basuhan (terutamanya Insert Bamboo Charcoal) kualiti serapan adalah pada tahap terbaik.
  • Jadi jangan risau kalau pada permulaan akan bocor, kerapkan basuhan. Pasti anda akan tersenyum selepas itu, bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian :)
 
      
·      Cadangan Jadual Penggunaan CD:
·          
·          7.00 – 10.00 PAGI       : 1 CD + 1 INSERT
·         10.00 – 1.00 TGH HARI : 1 CD +1 INSERT
·         1.00 – 4.00 PETANG    : 1 CD + 1 INSERT
·         4.00 – 7.00 PETANG    : 1 CD + 1 INSERT
·         7.00 – 12.00 MLM        : 1 CD + 2 INSERT
·         12.00 – 7.00 PAGI       : 1 CD + 2 INSERT
·          
·          
·         Jadi secara keseluruhannya jumlah penggunaan CD adalah secara puratanya  6 CD sehari selama 3 @ 4 Jam . Namun ia juga bergantung berdasarkan perbezaan usia anak kita.
·          
·         *Untuk bayi berusia bawah 2 bulan, tukarkan CD 2-3 jam sekali


Ok...that's all for today.



No comments:

Post a Comment