Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 25, 2012

CLOTH DIAPER @ LAMPIN KAIN MODEN

Assalamualaikum wbt..

Ari ni nak bercerita tentang Cloth Diaper @ lampin kain moden. Saya baru aje bertukar daripada menggunakan lampin pakai buang kepada lampin kain moden. Sebabnya? Langkah penjimatan kerana tak lama lagi bakal menimang cahaya mata baru. Sebenarnya daripada anak sulung lagi dah tertarik dengan lampin kain moden tie, tapi bila bincang dgn en suami, dia macam tak menggalakkan aje. Then bila pregnant lagi, saya syorkan lagi sekali. Dia pun bersetuju. Sebenarnya kos utk mula2 pakai lampin kain nie  memang agak tinggi, jadi saya beli sedikit-sedikit. Setakat ni baru aje 16 keping CD aje. Cuma insert dia je saya beli banyak sikit. So far baru dua hari pakai, da jimat la Pet-Pet dia untuk 2 hari ni. Rasa-rasanya lepas ni nak beli lagi dari jenama lain pulak. Cara nak menggunakan dan menguruskannya tidaklah serumit mana. nanti la lepas ni sambung lagi ye.. Time to sleep. Daaa..

Update..1 Mac 2013

Ni lah dia model cilikku yang tengah menggayakan CD

Antara stok CD Muhammad Ammar yang ready untuk dipakai.

Ni Nappy Liner untuk alas kat CD tu


Senang sahaja cara menggunakan CD ni..Macam nih yek :-
1.  Masukkan insert kat dalam poket CD (yang putih tu nama dia insert, yang colourful ada butang tu
     namanya CD).
2.  Letakkan liner kat atas CD. Liner ni kalau tak guna pun takper.
3.  Pakaikan pada baby.

CARA-CARA MENGENDALIKAN CLOTH DIAPER @ LAMPIN MODEN

# yang nih saya cut n paste dari sini http://www.lampinmoden.com/ iaitu tempat saya beli CD2 dengan harga offer yang memang berbaloi2.... :-)




  • Prewash 3 kali sebelum guna buat pertama kali tanpa menggunakan sabun (Basuh, jemur, basuh jemur, basuh jemur)
  • Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi
  • Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh
  • Gunakan sabun paling murah di pasaran, tiada peluntur tiada bahan kimia yang terlampau (contoh : Trojan, Harimau Kuat, Daia, Fab Antibakteria). Sabun membasuh baju bayi seperti Cosway Kiddie Wash, Pureen HAD adalah sangat disyorkan. Jangan sesekali menggunakan pelembut atau clorox yer. (me guna sabun 1 malaysia aje).
  • Gunakan laundry net untuk menjamin jangka hayat CD anda
  • Sidai (seeloknya di bawah cahaya matahari). Kesan kuning tahi akan hilang jika dijemur di bawah cahaya matahari. Tidak perlu berus yer. 
  • Angkat dan masukkan insert siap-siap untuk penggunaan siang 1 insert dan malam (2 inserts)

Cloth Diaper Bamboo Charcoal / Insert Bamboo Charcoal / Cotton



  • Prewash sekurang-kurangnya 6 kali.
  • Jangan campurkan dengan CD yang bukan jenis bamboo semasa prewash kerana dikhuatiri minyak pada bamboo akan menganggu penyerapan CD  jenis lain.
  • Selepas digunakan, boleh basuh bersama CD jenis lain.
  • Setelah lebih 10 basuhan (terutamanya Insert Bamboo Charcoal) kualiti serapan adalah pada tahap terbaik.
  • Jadi jangan risau kalau pada permulaan akan bocor, kerapkan basuhan. Pasti anda akan tersenyum selepas itu, bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian :)
 
      
·      Cadangan Jadual Penggunaan CD:
·          
·          7.00 – 10.00 PAGI       : 1 CD + 1 INSERT
·         10.00 – 1.00 TGH HARI : 1 CD +1 INSERT
·         1.00 – 4.00 PETANG    : 1 CD + 1 INSERT
·         4.00 – 7.00 PETANG    : 1 CD + 1 INSERT
·         7.00 – 12.00 MLM        : 1 CD + 2 INSERT
·         12.00 – 7.00 PAGI       : 1 CD + 2 INSERT
·          
·          
·         Jadi secara keseluruhannya jumlah penggunaan CD adalah secara puratanya  6 CD sehari selama 3 @ 4 Jam . Namun ia juga bergantung berdasarkan perbezaan usia anak kita.
·          
·         *Untuk bayi berusia bawah 2 bulan, tukarkan CD 2-3 jam sekali


Ok...that's all for today.



Friday, December 21, 2012

SUP CENDAWAN DAN ROTI BAWANG PUTIH

Hari nie kawan aku masa sama2 maktab dulu nak singgah umah sebab kebetulan dia lalu Kuala Lipis dalm perjalanan balik ke Maran. Memandangkan ada roti Perancis kat umah, so aku pun mencari2 bahan utk membuat mushroom soup utk digandingkan bersama. Da banyak kali sebenarnya buat mushroom soup nih tapi tak pernah publish pun. Teringat pulak bahan2 pizza ada lagi kat umah nih. Baik buat memandangkan tak lama lagi nak cuti memasak ( da nak sampai bulan pun neh...kurang lebih sebulan je tinggal sebelum adik si Ammar nie melihat dunia ).

So, dalam rajin tak rajin tuh, nie la dia menu untuk menjamu uda dan keluarganya petang tadi.

Garlic Bread, Mushroom soup & Pizza

Garlic bread menggunakan roti perancis

Pizza

Mushroom soup

Jom kita intai resepi-resepinya pulak.

GARLIC BREAD

Roti Perancis dipotong.

Bahan untuk Garlic Spread :
2 ulas bawang putih-bakar dan tumbuk
2 sudu besar butter
Daun parsli dicincang - saya tak buh pun. x ade.

# Resepi ni ambil daripada My Resipi, tp tak ingat nama tuan punya resepi.
Cara-cara :

Cairkan butterdalam kuali dan masukkan bawang putih yang ditumbuk tadi.
Sapukan pada roti perancis yang telah dipotong dan bakar dalam oven.
* Jika tiada roti perancis, boleh aje guna roti sandwich mana-mana brand. Sedap juga !


Wednesday, December 5, 2012

PERKEMBANGAN TUMBESARAN ANAKKU..2

9 bulan

Mama sedih masa nie coz terpaksa stop breastfead Ammar. Sebabnya ? Mama dan preggy 3 mth++. Ayah, JM & kawan2 ramai suruh Mama stop BF Ammar. Takut adiknya nanti tak cukup zat. Mama akui, memang penatnya terasa sgt bila BF & preggy. So, bila Ammar da 9 bulan lebih..Mama pun mula la stop BF Ammar. Tapi hati ni sedih sangat terutamanya apabila malam2 Ammar merengek-rengek.


10 bulan  

10 bulan nie gigi Ammar da tumbuh 2 batang, dia da pandai meniti-niti di birai meja atau apae2 je la tempat yang dia berpegang. Walaupun baru dia batang, tetapi dia suka mengetes giginya kat kita. Tak la terasa sangat kena gigit ngan gigi bawah aje.. Hm..tunggu la bila gigi atas dia tumbuh nanti, mesti sakit kan. Tapi belum pandai bercakap lagi. Tak sabar rasanya nak dengar perkataan pertamanya kelak. Masa ni dia memang aktif mengutip apa sahaja benda yang ditemuinya. Mama dia kena la selalu pastikan rumahnya bersih. Tapi kadang-kadang tak sempat juga. Hmmmm..


 11 bulan
Menjangkau usia 11 bulan ni dia da mula berdiri-berdiri jatuh. Selalunya dia berdiri, tepuk tangan dan duduk atau kadang-kadang terduduk. Becakap belum lagi, tapi membebel dalam bahasa dia makin kuat. Peramah agaknya dak Ammar ni nanti. Gigi atasnya pun da tumbuh dua batang. Kejenya asyik nak menggigit orang aje..Sabar je la walaupun kadang-kadang tak tahan sakit. Sekarang nie kekerapan dia bangun malam menyusu pun da kurang. kadang-kadang tak bangun langsung pun..kadang-kadang sekali aje. Tima kasih Ammar, buat mama tido lena dah.

  


Almost 1 year 

Hmm...tinggal 4 hari lagi sebelum hari kelahiran puteraku, Muhammaf Ammar. Sekarang Ammar da pandai berdiri tegak, melangkah dalam 2, 3 langkah gitu. Hari ni satu pencapaian baru baginya yang pertama kali kulihat aksi sebegitu. Dia mengambil handsetku dan meletakkannya di pipi dia dan beraksi seolah-olah sedang bertelefon Tapi hingga kini dia masih juga belum pandai bercakap. Insyaallah tak lama lagi bercakap la tuh..Tak lama lagi Ammar nak jadi abang long pulak.. :-).. Rezeki. 

Menentukan Jantina Anak Menggunakan Kalendar Cina

Assalamualaikum..

Bertemu kembali..

Kali ni saya nak kongsikan maklumat yang diperolehi daripada http://cutemom24.blogspot.com/2012/09/carta-ramalan-jantina-anak-berdasarkan.html iaitu mengenai ramalan jantina anak berdasarkan kalendar Cina. Jom sama-sama kita baca..

 

Carta ramalan jantina anak berdasarkan kalendar cina. (lunar)


Tentunya anda seronok mengetahui berita tentang kehamilan. Terutamanya jika kehamilan itu dirancang.

Soalan mengenai jantina anak sememangnya soalan wajib yang ingin diketahui oleh setiap ibu. Apatah lagi pada kehamilan pertama yang mengujakan.

Jom baca dan lihat bagaimana mengetahui jantina anak anda melalui kalendar lunar cina. Ianya juga sesuai jika anda ingin merancang jantina anak anda.
(klik gambar untuk melihat lebih jelas)

Perhatikan jadual di atas;

Menurut sejarah, manuskrip ini telah ditemui tertanam selama 700 tahun di makam kerajaan, beijing.

Kewujudan manuskrip ini dipercayai disebabkan oleh keinginan yang kuat pada zaman tersebut untuk memiliki anak lelaki sebagai waris dalam keluarga.

Dimana ia kemudiannya diamalkan oleh kebanyakkkan orang di china dan akhirnya tersebar ke seluruh dunia.
Ketepatan manuskrip ini telah dibuktikan ribuan orang dan dipercayai 90% tepat.

Kini, manuskrip asli  ini telah disimpan oleh institut di beijing.

Bagaimana menggunakan jadual ini?

Contoh : Jika si ibu berusia 23 tahun semasa persenyawaan anak berlaku pada bulan mac, maka bayi akan lahir berkemungkinan besar adalah perempuan.

Wednesday, November 7, 2012

PIZA LAGI..SEJUK BEKU

ASSALAMUALAIKUM...

PAGI NI NAK UPLOAD GAMBAR PIZAKU AJE LA..ACTUALLY SEMALAM BUAT PIZA DOH 1 KG, 3 BUKU SAYA SIMPAN DALAM FREEZER. PAGI NI BUAT UNTUK SARAPAN. ALHAMDULILLAH, RASANYA MASIH SEDAP MACAM DOH YANG BARU DIBUAT.

ALKISAHNYA TAK SEMPAT NAK PROSES SEMUA DOH TU SEBAB DAH MASANYA NAK BERSIAP KE SEKOLAH. SY BUAT PAGI2 TU COZ NAK BELANJA ANAK-ANAK MURID DAN KAWAN-KAWAN HOMEMADE PIZA SAYA NI. SO, SAYA WRAP DOH2 TU DENGAN PLASTIK WRAP TU DAN SIMPAN DALAM PETI. MALAMNYA DA MENCARI2 DA INFO TENTANG PENYIMPANAN DOH PIZA NI. RUPA-RUPANYA DOH BOLEH DISIMPAN DALAM REFRIGERATOR UNTUK TEMPOH 36 JAM (MEANS 3 HARI LA) DAN JIKA DIBEKUKAN PULA IA TAHAN SELAMA 3 BULAN. SAMA JER CAM TEMPOH PENYIMPANAN UTK EBM KAN. :-)

NI LA HASILNYA PIZA YANG MENGGUNAKAN DOH YANG DISIMPAN DALAM PETI SEJUK. SEBELUM PROSES DOH TU, BAGI LA SUHUNYA TURUN KE SUHU BILIK DULU BARU LA ULI.



Piza menggunakan doh sejuk..nyum2










TTIPS NI SAYA DAPAT DARIPADA CARIAN DI GOOGLE...IAITU DARI BLOG KINA'S ZONE. KAWAN-KAWAN BOLEH LA DAPATKAN TIPS-TIPS LAIN KAT SITU. KLIK AJE KAT PERKATAAN BERGARIS TU..

OK LA, NAK G KEJA LAK. NANTI ADA MASA NAK UPLOAD PIC PIZA YANG WAT SEMALAM.


Tuesday, October 30, 2012

Happy Birthday My Son..Muhammad Ammar


24 OKTOBER 2012...CUTI UMUM BAGI SELURUH NEGERI PAHANG. KENAPA YEK? SEMPENA HARI LAHIR ANAK SAYA KE? HEHEHE...Kebetulan Ammar lahir pada hari yang sama gak ngan Sultan Pahang.

 SELAMAT HARI LAHIR ANAK MAMA! Setahun da rupanya. Sekejap aje..rasanya baru je semalam mama melahirkanmu. Semoga Ammar menjadi anak yang soleh. AMIN.

Oreo Cheese Cake..tak deco pun, cuma tulis ngan choki-choki je. Mama tak sempat la coz sek baru pas sukan..

Kek ni mama buat khusus utk hari lahir anak mama. Tapi anak mama tak pandai menikmatinya lagi.Takpe la, yang penting ayah dan mak-mak sedaranya kata SEDAPP..macam secret resepi. Kek ni mama buat guna resepi yang diperoleh daripada blog Pn Emiliaputeri. Tq ye kak, next time pasti akan buat lagi!

For the recipe, just click HERE

Friday, October 12, 2012

MEAL PLANNER FOR BABY AGE 9 - 12 MONTHS


Assalamualaikum semua.. 
Di sini saya ada maklumat tentang rancangan pemakanan bagi bayi berumur 9-12 bulan. Saya dapat ni kat group facebook  homemade solid food for baby   (http://www.facebook.com/groups/solidforbaby/) .
So, bagi rakan-rakan yang anaknya dalam lingkungan umur nie, bole la ambil sebagai panduan.

MEAL PLANNER FOR BABY AGE 9 - 12 MONTHS

BREAKFAST
Meal 1
1-2 slice bread + jam, sliced
½ apple
Milk feed (as needed)*
Meal 2
1 pancake roll, sliced
½ small banana
Milk feed (as needed)*
Meal 3
½ - ¾ cup fried mee hoon, moist
½ small banana
Milk feed (as needed)*

MID MORNING
Meal 1
3-4 tbsp scramble egg* 
Meal 2
3-4 tbsp steamed tauhoo cubes with sause* 
Meal 3
3-4 tbsp cereal

LUNCH
Meal 1
6-10 Tbsp rice porridge, fish, veges*
3-4 tbsp orange cubes
Milk feed (as needed)* 
Meal 2
6-10 Tbsp noodle in chicken soup, veges*
3-4 tbsp watermelon cubes
Milk feed (as needed)*
Meal 3
6-10 potato, chicken, veges porridge*
4 – 5 grapes
Milk feed (as needed)*

MID AFTERNOON
Meal 1
Raisin
Meal 2
Assorted biscuits
Meal 3
Assorted biscuits

DINNER
Meal 1
5 - 8 noodle, chicken, veges*
3-4 tbsp soft pear
Milk feed (as needed)*
Meal 2
5 - 8 pasta in sauce*
3-4 tbsp papaya cubes
Milk feed (as needed)*
Meal 3
5 - 8 Tbsp cereal (nestum)*
 3-4 tbsp mango cubes
Milk feed (as needed)*

SUPPER
Meal 1
Milk feed*
Meal 2
Milk feed*
Meal 3
Milk feed*

Kek Coklat Kukus

Kek coklat kukus nie pun da buat lama, untuk our anniversary 22 Mei tahun nie. Resepinya pun ambil kat MyR jugak. Suka guna resepi kat situ bukan pe, sebab ada laporan masakan. Maknanya da ada orang buat dan jadi. Kadang-kadang kalau kita guna resepi yang ada dalam buku tu ada masanya elok jadi. Ada masanya memang menyakitkan hati, padahal kita ni ikut resepi mereka sebiji2. Bak kata akak iparku, orang yang bagi resepi ni kadang-kadang tu ada la satu dua bahan yang mereka tak bagitau. Takut nak bagi semua nanti tak laku pulak bisness diaorang. (Boleh caya ke ek?) Entahla.

Untuk resepinya, KLIK SINI YE .

Ni pulak hasil air tanganku :-

Tak pandai deko lagi.





Biskut Almond London

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Nak post resepi biskut Almond London pulak. Lama da buat dan da upload kat MyResipi. Biskut nie sy buat ikut resepi Mama Kastam Tioman kat My Resipi tu la.

Untuk resipinya sila klik kat SINI YE. Yang bestnya resepi mama nie dia siap ada gambar step by step lagi. Mudah nak paham bagi budak baru belajar macam saya ni.. :-)

Nie picture my Almon London.. yang pasti saya da buat berkali-kali guna resipi ni. Memang menjadi n sedappp! Diakui oleh ahli keluargaku.

Kecik je gambarnya sebab ambil kat MYR tu..Yang dalam pc ni entah mana2 simpanya.
 Tima kasih buat Mama Kastam Tioman . Minta halal ilmu ye kak.

PUDING KEJU @ CHEESE PUDDING

Assalamualaikum...lama tak menulis dan tak menjengah ke sini. Cuma selalu menjengah ke blog-blog orang mencari-cari resepi..Banyak juga la resepi yang da dicuba, cuma tak sempat nak upload sini..On the way..Kita mula upload ngan resepi Puding keju yang dicuba pada petang Jumaat ni sewaktu Ammar tido td..tu pun tengah2 nak tuang adunan ke dalam loyang dengar bunyi dia gedebuk jatuh dari buaian (dia lum pandai turun betul2 lagi.baru 11 bulan 2 minggu..lg 4 bulan nak dpt adik lak..sb tu ler lama tak jenguk blog nie, bzy ngan dia n mslh awal preggy..hehe).

NIE LER PUDING KEJU HASIL AIR TANGANKU PETANG NI. MASIH SUAM NI..TGH MENANTI MASA UTK DIMASUKKAN DALAM PETI AIS


Resepinya saya ambil daripada Blog Along :  HomeKreation
Along, Tq atas resepi yang sedap dan mudah ni.. izinkan saya copy resepimu di sini ye.Utk resepi asal sila klik pada link di bawah ye. Kalau nak g blog along g la link atas tu, macam2 resipi ada.

RESEPI ASAL



BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula (Saya kurangkan jadi 100g sahaja)
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan

Tak sabar rasanya utk menikmati puding ni..Sekian dulu untuk hari ini..Ammar ni da nyibuk2 nak tekan2 keypad ni juga.

Tuesday, June 26, 2012

Makanan Pertama Bayi ..6 bulan ke atas yea


Assalamualaikum..
Lama tak menjenguk ke blogku yg baru dan serba kurang nie.. Tak ada masa sebenarnya..Entry nie mengenai makanan pertama bayi kita iaitu untuk usia 6 bulan dan ke atas. nie kan suggestion daripada doktor. Kena la ikut kan, nanti tak sihat pula perut anak kita bila da dewasa kelak. Entry hari nie saya tak taip sendiri pun, saya copy paste setelah mendapat izin daripada tuannya..Maklumat nie saya perolehi daripada sini : http://dunia-anak-ku.blogspot.com/search/label/Solid%20Food

Untuk makluman, saya paste perbualan ini daripada ibu² yang berforum dan Save dalam Microsoft Word. Senang untuk saya baca/rujuk semula. Tak payah bukak bermacam forum (boleh rabun 44x tau..hahaha). Oleh itu, tiada link rujukan.

Harap dapat manfaat bersama...[baca yer..jangan malas² membaca he he he]
  1. Makanan pertama bayi saya bubur nasi kosong, kisar halus, tanpa garam,tanpa gula. Saya mula beri makan lepas umur dia masuk 6 bulan, dah duduk sendiri dan ada signal2 lain dia nak makan.
  2. Skrg kementerian kesihatannye polisi, lepas 6 bulan baru bagi makan.. sebab tu skrg ni nestum utk 4 bulan tak de dah.... sebab ada kajian mengatakan sebelum 6 bulan, sistem penghadaman baby lum ready.. sebelum 6 bulan kalau nak bagi makan, elok mintak nasihat pakar perubatan cam dr ke atau lebih baik pakar kanak2.
  3. Betulla, klu ikut 6 bulan baru blh bg makan, dkt tin nestum pun ada tulis, takut nanti bile dah tua buah pinggang blh ada problem, risiko baby besar pun mungkin klu awal bagi makanan tambahan.
  4. Dr. ckp botol susu utk susu aje... atau air kosong..jus dalam cawan.. cereal dalam mangkuk guna sudu atau hujung jari kita utk suap.
  5. Mknan pertama baby elok diberi bubur kosong jer tanpa tmbah apa2 lauk atau sayur krn bimbang perut baby akan 'terkejut'. Selang 4-7 hari baru tambah sedikit lauk tp yg telah diblend halus. Mkanan yg sama seelok2nya diberi berterusan hingga 4 hari krn jika baby ada allergic mudah utk awak tahu mknan apa yg awak beri sepjg hari tersebut.
  6. Nak bagi buah macam pisang dulu pun okay gak... pisang tu lenyek2 je.. buah pear/epal kukus pun okay dan blend halus...nak cairkan letak susu, nak pekatkan letak bubur nasik/cereal..lauk pertama boleh bagi sayur dulu.. bayam, brokoli, kentang, carrot.. elok memula ni bagi sayur yg ala2 rasa manis sket.. jgn terus bagi sawi.. kang phobia lak dia dgn sayur.
  7. Cara saya nasik anak dgn family masak sekali.. sebab maknya tersgtlah rajin... lepas tu saya blend je nasik tu dgn air suam...sayur pulak, saya suka sayur tempatan.. sebab sayur tempatan ni lebih fresh.. sayur bayam, kangkung, sawi pak choy tu... terung pun boleh.. saya suka stim kan sayur sebab khasiat dia tak byk hilang banding dgn rebus.. sayur tu saya potong kecik, masukkan dalam mangkuk yg sesuai, dan mangkuk tu masukkan atas nasi yang dah mula nak kering... lepas tu tutup la tudung periuk tu... sayur ni blend le sekali dgn bubur... sumber protein macam tauhu pun boleh masukkan dalam mangkuk tu sekali... potong kecik dulu ye... kalau ikan nak buat macam tu, pastikan bekas berpenutup ye.. nanti bau masuk kat nasi.. utk ikan byk jenis boleh.. tak semestinya ikan import atau ikan mahal.. ikan tempatan lagi bagus, sbb fresh dan murah.. sardin, tongkol, selar, kembung, ikan jaket/cencaru pun tak kalah khasiatnya.... jadi sokonglah nelayan tempatan kalau ibuk2 yg pergi kerja tinggal anak tu, boleh le sayur ni blend byk2 dan asingkan dalam bekas kuib ais, dan bekukan.. nak bawak bekal tu, masukkan je 1 kiub, dan 1 bubur nasik dalam bekas... kiub ni boleh jugak buat utk protein macam daging, ikan.. boleh le masak seminggu sekali..ikan bilis pulak boleh disangai byk2.. kemudian blend dan simpan dlm bekas kedap udara... nak pakai taburkan je dalam bubur... senangkan.. jgn lupa rendam dulu ye.. sbb bilis byk garam...
  8. Bubur pertama eloknye bubur kosong dulu.. lepas seminggu baru le boleh campur dgn benda2 lain... campur sayur dulu pun okay.. sayur yg manis2,, jgn bagi sawi yg pahit tu lak sya boleh blend siap2 bubur nasik tu utk nursery..
  9. Untuk bayi 6 bulan sukatan nasi ialah 5 sudu makan, sayur-sayuran 1 sudu makan penuh, Isi ikan/ayam 1 sudu makan penuh dan buah-buahan 2 sudu makan penuh untuk sehari. mean kalau bayi makan 2 kali sehari bagilah dengan 2. Jika bayi anda berumur 7-9 bulan nasi - 2 cawan, sayur 3 sudu makan,protein - 2 sudu makandan buah 2 sudu makan10-12 bulan - nasi 13/4 cawan nasi lembik, sayur - 3 sudu makan penuh,protein 4 sudu makan buah 2 sudu makankalau berat bayi anda kurang boleh tambah minyak untuk 2 sudu teh sehari.[1st time saya bagi 1 sudu makan je, sbb tahap ni bby hanya cuit sedikit dalam 1-2 suap, jangan frust, bukan dia taknak makan, tapi mahu kenal, intro la katakan...lama² nanti nganga je kompem dia nak]..sayur/bahan² lain saya agak² je dengan kuantiti bubur tu...tak ikut pun macam keterangan kat atas...macam banyaaaaaakkkkkkkkkk sangat kuantitinya...sebab bubur akan jadi banyak....]
  10. Sebenarnya untuk memperkenalkan bayi dengan makanan pelengkap sememangnya kita digalakkan untuk memperkenalkan satu-satu bahan dahulu supaya bayi taklah terkezut..atau mengelakkan masalah allergi. Mula- kenalkan dengan bubur kosong....dalam 2-3 hari perkenalkan bayi kita bubur+sayur lepas 2-3 hari boleh perkenalkan pula bubur +sayur+ protein(ikan,tauhu ke ayam ke)...pastu 2-3 hari bolehlah tukar dengan portien dan bolehlah dicampur makan bubur+sayur+portein tu....harap dapat penjelasan.
    Sebenarnya banyak sayur yang boleh digunakan dalam bubur bayi. Selain bronkoli dan karot boleh juga guna sayuran hijau seperti bayam, sawi, kangkung yangmana khasiatnya juga tinggi kanungan vitamin. Cuma ubi kentang bukan kategori sayuran ia aalah sumber karbohirat sama macam nasi.
  11. x salah klu bagi ikan bilis tp rendam dulu ikan bilis tu agak2 lama skit..pas tu goreng tanpa minyak..agak2 garing skit..jgn lak sampai itam ikan tu..pas tu leh la blender sampai halus betul2..pas tu simpan kat bekas kedap udara..saya agak2 malas jer nk masak cmpur jer bubur ngan ikan bilis tu. [ikan bilis selalunya saya rendam semalaman untuk hilangkan betul² rasa MASIN, bila masak bubur terus masukkan ikan bilis bersama bubur...sangat jimat masa]
  12. Setahu saya kalau org x nak introduce ayam pun sebab ayam ni sesetengah org alah dgn nya... gatal2 ke.. so kalau ada history, lewatkan intro ayam lepas umur setahun...sayur berdaun tu pulak, sya blend le halus... boleh intro dah bayam, kangkung, sawi tak pahit tu, carrot... kalau cincang2 mmg biasanya kat najis baby keluar sekeping2/seketul sayur tu...
  13. Awal2 ni anak makan 2-3 sudu kecik tu je.... sehari sekali... dia byk nyusu je...
  14. Kalau ikut klinik kesihatan gomen dia org galakkan bagi sayur.. mula2 blend/ tapis halus,lepas tu tapis kasar, lepas tu cincang dan lepas tu baru potong kecik2 sampai le dia dah boleh makan makanan yg besar macam kita ni....
  15. Ni kita dah discuss dgn puan norliza yg nutritionist tu hari tu... memang ada yg syorkan nestum / cereal baby dibagi sbg first food, sebabnya kata dia org, cereal ni iron fortified... tapi kata puan norliza, kita kene ambik kira tentang penyerapan iron tersebut oleh badan baby... adakah pasti iron tu diserap dgn berkesan oleh badan baby? tambahan lagi cereal segera ni dah byk proses, dan diletak gula gak biasanya...yg dalam botol tu macam gerber pulak ada isu benda tu bukan asli buah/sayur pun, tapi ditambah tepung byk...
  16. Cara masak sayur yg betul utk kekalkan zat dia.. basuh dulu baru potong.. kalau boleh jgn potong kecik2... jerang air.. tunggu air betul2 menggelegak... lepas menggelegak, masukkan sayur... masak dgn api besar dan jangan masak lama2...lepas tu baru kisar / tapis / cincang kecik.. utk baby kecik kisar la...sesetengah sayur elok kita steam/kukus je lagi byk zat dpt dikekalkan..
  17. Masak bubur dulu...betul2 jadi bubur...sayur kita asing...kalau nak letak kentang kite rebus kentang dulu..dah lembut baru masukkan sayuran hijau...jap jer... kalau rajin letak ikan bilis tapi mesti kisar betul2 halus...campurkan sume.
  18. Berat baby start solid food tu ada yg suggestkan, kalau nak lagi tepat, sekurang2nya 2 kali ganda BERAT LAHIR... so kalau lahir 3.5 kg, dia org kata tunggu le baby 7 kilo dulu...
  19. Posisi sesuai mesti le duduk...saya biasa bagi makan baby dudukkan atas riba kitabelah kiri dan kita suap dgn tangan kanan..boleh gak sama2 ajak suami join sekaki... sorg riba, sorg suap...kakak saya baringkan atas riba.. tapi saya tak setuju dgn cara ni...ada jugak yg letakkan dalam walker / stroller /bumbo sitter masa nak bagi makan... yg penting, jgn letak dalam botol susu... gunakan je sudu plastik atau gunakan hujung jari... biar dia jilat jari kita..
  20. Utk awal2 makan ni utk kenalkan tesktur je... utk permulaan, nyna boleh campurkan nasi kisar tu dgn susu yg baby minum (tak kisah la breast milk atau FM).. buat cair2...
    Qaisara start da makan solid 5month++. Mula2 start dgn puree buah dulu. Ku buatkan puree betik, puree pisang.. Alhamdulillah dia suka. Masa masuk mulut muka cam pelik, pastu lelama she's enjoy her meal. Now bekalkan dia bubur+kentang+ikan bilis or bubur+sawi+ikan bilis. Nati nak try labu plak.. So far dia tak makan byk pon. Ku bekalkan separuh bekas dadih cume suku je habis. tp EBM still habis 12oz siang. Bak kata ummi, bubur ni tuk tambah2 je..
  21. Elok start try apa2 makanan baru pada waktu pagi/ tengahari... jgn petang.. sebab kalau petang, jadi allergy, susah sikit... baby senang kembung dan tak selesa, tak dapat tidur.... buatlah weekend.
  22. Pasal idea letak nestum dalam susu baik dielakkan. sbb boleh menyebabkan baby tersedak. (kalau guna botol susu) dulu doctor x benarkan saya bagi makanan dlm tin/nestum kat baby...sebab ada bahan pengawet.
  23. Kalau nak ori dan manis, beri yg arif minum hari-hari.. dia dah biasa dgn rasanya..itulah susu ibu + bubur nasi kisar.. letak bubur nasi tu sikit je dulu... biar cair.. calitkan pada hujung jari, biar ayip jilat... pisang juga boleh.. manis original... lenyekkan dan campur sikit susu.
  24. Ikut guideline sekarang, makanan pejal diperkenalkan pada usia 6 bulan. Dulu punya guideline adalah 4 bulan. Tu yg selalu ada pertikaian antara ibu dahulu dan sekarang.Bagi baby yg BF, better tunggu pas 6 bulan.Baby yg FM dah boleh start lebih awal. Baby food pun kena intro pelan2.. Ikut 3-4days rules. Bukan apa, bila guna guna konsep 3-4days rules ni, senang nak monitor baby ada alahan tak atas certain food tu.
  25. Biasanya start dengan bubur kosong dulu.. pastu baru campur sayur, campur ikan, campur ayam, campur daging.Biasanya ayam tu biarlah baby nak masuk 8 bulan. Dan jangan tambah apa2 perisa dalam makanan bayi.
  26. Saya cadangkan aida guna pendekatan 4 days rule..perkenalkan bubur nasi yg diblend halus dan ditapis selama 4 hari dan tengok reaksi baby kot2 ada alerjik ke apa.. dah okay baru tambah bayam yg juga diblend halus..bubur nasi dengan kurma pun sedap gak...or wat puree pisang...yummeh!!
  27. 1) botol susu hanya untuk susu / air sahaja. 2) bayi susu formula disarankan start makan umur 5 bulan. 3) bayi susu ibu boleh beri makan start 6 bulan. 4) utk bayi baru start makan, kisar halus dan tapis dahulu makanannya. 5) kenalkan makanan satu persatu dan tunggu 4 hari untuk melihat sebarang reaksi alahan.
  28. Daging bagus eh.. sbb byk iron...tapi akak rasa daging agak heavy utk anak sebaya adam..berani kenalkan lepas 10 bulan... ikut recommendation after 8-10 month. awal-awal ni, cuma bubur nasi, sayur dan buah..utk protein, ayam, tauhu pun boleh..
SOALAN & JAWAPAN

* Soalan : Ada org kata bubur nasik banding dgn cereal elok bagi cereal dulu.. sebab cereal diperkaya dgn zat besi... apa pendapat cik puan?
Jawapan : Tidak dinafikan bahawa cereal memang telah diperkaya dengan zat besi dan lain-lain zat. namun begitu bagaimana kadar penyerapan dengan zat ini di dalam tubuh anak kita? Adakah ia senang diserap dengan sempurna?Jadi persoalan ini belum lagi terjawab kerana tiada lagi kajian dibuat ke atas cereal tersebut. Berbanding dengan bubur nasi, kita boleh perkayakan sayuran yang kaya dengan zat besi contohnya sayuran hijau kerana ia sumber semulajadi....senang diserap oleh tubuh...
Baby yang berusia 6 bulan mungkin dia memerlukan masa untuk belajar makan. Cuba beri dia masa untuk makan perlahan-lahan dan jadikan masa makan masa yang paling gembira. Bubur yang paling baik adalah bubur yang seimbang iaitu ada sumber karbohidrat, protein dan vitamin iaitu dari smumber nasi, ikan, ayam,dan sayur-sayuran. Biar bayi merasakan masakan semulajadi dengan tidak menambah apa-apa perisa seperti garam atau gula. Cuba elakkan bubur terlalu cair bagi mengelakkan baby kekurangan zat makanan. Kemungkinan juga baby telah diberi bubur dari cereal yang dah ada perisa seperti nestum dll jadi dia tidak mahu bubur nasi.
Jika boleh jangan tambah apa-apa perisa supaya dia merasa rasa yang semulajai. Mengikut kajian, bayi yang diberi bubur nasi bersama sayuran boleh menggalakkan kanak-kanak makan sayur. Selain itu, jika memasak bubur nasi..sayur itu diletakkan kemudian agar zatnya tidak hilang terutama vitamin.

*Soalan : Nak tanya, rasanya dulu ada bc ummi bg petua..letak makanan baby dlm kiub kan..nak guna br panaskan..rho dah star bg alyaa mkn bubur minggu lepas..ada wat kiub brakoli, ayam, carrot..so berapa lama leh tahan kiub tuh?seminggu or lebih..? dan kalo nak g taska selalu rho bg yg dah siap panaskan..so tak basi ker if cikgu taska alyaa simpan sampai lunch tanpa buh dlm peti..
Jawapan : 2 minggu pun boleh...kalau cikgu taska simpan sampai tengahari ok lagi.. sebab masa tu dia akan mencair sendiri... cuma dia org panaskan aje la....
*Soalan : Biasanya kan ikan ape yang ibu2 gunakan?dan kalau seafood cth udang, sotong pada umur bila baru boleh baby makan?

Jawapan : ikn biasa bg ikan selar or kembung lg satu tu ikn ala lupa lak namanya kalau tak silang tenggiri bab seafood akma bg bl bb dh lepas 1thn tp tengok gak takut bb alah ngan seafood so kena hati2.