Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 15, 2013

Makaroni Bakar

Assalamualaikum wbt..
Pagi ni nak kongsikan 1 resepi makaroni bakar yang simple tapi sedap & memenuhi citarasa kami sekeluarga. Biasanya bila google saya dapati resepi makaroni bakar semuanya menggunakan sos putih atau telur sebagai agen pelekat pada makaroni tersebut.Saya dah pernah mencuba resepi yang sedemikian dan hasilnya sangatlah susah untuk dihabiskan masakan tersebut.  Jadi terciptalah resepi di bawah ini yang memang memenuhi citarasa kami. Jom layannn..



Makaroni bakar : Fresh from oven

Close-up sebelum masuk mulut :-)

Tengok cheese tu..nyum2
Yang ni potong bila da sejuk
Da siap tengok gambar moh kita tengok resepinya pulak.

Bahan-bahan
  1. 1 cawan makaroni San Remo- direbus sehingga lembut, ketepikan.
  2. 1 labu bawang besar (yang warna kuning) - dicincang halus
  3. 1 ulas bawang putih - dicincang halus
  4. 2 sudu besar cili kering kisar
  5. Sekeping daging cincang Ramly ( bila beli dalam pek tu ada 2 keping kan, saya guna sekeping aje)
  6. Setengah botol sos spageti cendawan Kimball (jenama lain pun boleh gak)
  7. Mozarela cheese secukupnya
  8. Sedikit serbuk oregano
  9. Minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan cili kering dan tumis lagi sehingga cili masak.
  4. Masukkan daging kisar dan kacau hingga daging masak.
  5. Masukkan sos spageti cendawan dan perasakan dengan garam.
  6. Angkat separuh daripadanya ke dalam bekas lain.
  7. Masukkan makaroni dan kacau sebentar.
  8. Tutup api..Masa ni jika tak mahu bakar boleh la dimakan terus.
  9. Ambil loyang, gliskan dengan minyak.
  10. Masukkan separuh makaroni goreng tadi ke dalam loyang dan ratakan.
  11. Ambil sedikit bahan tumis yang dah diasing tadi dan letakkan atas lapisan makaroni.Ratakan.
  12. Taburkan mozarela cheese.
  13. Masukkan baki makaroni goreng dan ratakan.
  14. Masuksemua bahan tumis  dan ratakan.
  15. Tabur dengan mozarela secukupnya sehingga menutupi permukaan dan tabur pula dengan oregano.
  16. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-15 minit.
  17. Hidangkan panas @ sejuk.
*Note : Bila potong dan makan masa panas makaroni kelihatan bertali seperti pizza tetapi tidaklah melekat seperti gambar dalam piring tu. Apabila sejuk barulah dipotong cantik seperti dalam piring kecik tu. Tapi saya dan suami suka makan panas2.

Sunday, April 14, 2013

Kelebihan Ayat 128, 129 surah at taubah

Assalamualaikum wbt..
 
Perkongsian daripada internet untuk ingatan diriku.

Barangsiapa membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah :

1) Segala kelemahan bertukar kepada kekuatan
2) Kehinaan berganti dengan kemuliaan
3) Segala hutangnya dapat dijelaskan
4) Terhindar dari dukacita
5) Melimpah-limpah rezeki datang kepadanya

  Marilah kita beramal, semoga sama-sama dapat mengamalkannya dan perolehi manfaatnya.amin...

Wednesday, April 10, 2013

Review Breast Pump Spectra 3

Assalamualaikum pembuka bicara...

Hari ni nak tulis pendapat saya sendiri tentang pam payudara jenama Spectra 3 yang telah saya beli 2 tahun lepas (2011). Pam ini pam jenis elektrik ya..Saya beli terus pam ini dengan 2 corong. Jadi dapatlah mengepam kedua2 belah payudara dalam masa yang sama. Menjimatkan masa dan hasil pun lebih banyak. Pada pendapat saya pam jenama ini sangat sesuai bagi mereka yang ketiadaan masa ( seperti sayalah tu ). Tetapi ia memerlukan kita sentiasa berada di kawasan yang ada sambungan elektrik. Saya senaraikan beberapa kelebihan yang saya rasakan menggunakan pam ini :

  1. Menjimatkan masa kerana boleh buat double pumping & boleh jadi freestyle jika menggunakan nursung bra.
  2. Menghasilkan lebih banyak susu berbanding pam manual.
  3. Tidak menyakitkan puting.
  4. Corong pam boleh disesuaikan dengan kebanyakan botol biasa seperti pureen, fiffy, pigeon, anakku dan lain-lain botol yang kepala botolnya kecil. Jadi selesai mengepam tidak perlu salin ke botol lain. hanya buka corong, tutup botol dan simpan dalam peti. Ini berdasarkan pengalaman menggunakan 3 jenis pam iaitu pureen manual, avent manual dan spectra 3 double electric. (Jika pam avent memang hanya boleh guna untuk botol avent sahaja).
  5. Harganya dalam kategori sederhana bagi saya dan mampu milik jika nak dibandingkan dengan pam jenama medela (actually teringin gak nak rase pakai medela freestyle yang orang duk kata best tu). ketika beli dulu harganya RM338 di www.enjoybreastfeed.com
Kekurangan pam ini  pula :
  1. Agak berat (tetapi kuusung juga masa anak sulung dulu)
  2. Kurang sesuai jika travel kerana tidak dapat mengepam dalam perjalanan (dalam kereta). Jika travel pam manual atau yang menggunakan bateri sangat disyorkan. Tetapi jika beli car adaptor tu, boleh la juga guna dalam kereta. Ada aksesori ni tapi saya tak beli.
  3. Bunyinya boleh tahan la :-)
Ini sahajalah sedikit review daripada saya sebagai pengguna. Nak tengok hasilan saya masa anak sulung dulu kat SINI ..perbandingan dengan pam avent manual.

My Breast Pump :  Spectra 3

Tuesday, April 9, 2013

Rendang Ayam Kampung + Ketupat Mini



Salam buat semua.. Hari ni saya nak kongsikan resepi rendang ayam kampung yang enak dimakan bersama lemang dan ketupat. Saya ni orang yang terlebih pandai menganyam ketupat, sebab tu la rebus ketupat segera aje.. Hehehehe
Resepi nih resepi turun temurun keluargaku..Sejak da berkahwin ni, selalu juga la ada permintaan daripada kakak iparku suruh masak rendang ayamku ni.
Moh kita tengok resepinya.
Rendang ayam kampung

Rendang ayam kampung bersama nasi impit



Bahan-bahan
 
1 ekor ayam kampung @ ayam daging pun boleh

Bahan A - dikisar


5 ulas bawang merah

1 ulas bawang besar                   

*Tapis dan ambil airnya untuk kisar bahan2 B (petua orang tua2)

Bahan B - dikisar


4 ulas bawang putih                  

Seinci kunyit hidup

Seinci halia                               

½ inci lengkuas

5-6 batang serai

8-10 tangkai cili kering
 

Bahan c - Digoreng tanpa minyak dan dikisar kering jadi serbuk
1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh jintan putih              

2 sudu teh ketumbar

3 biji buah keras – buah keras kisar berasingan yer.


1-2 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Santan pekat dari sebiji kelapa @ kalau beli santan segar kat kedai sini dalam RM3.



Cara-caranya
~masakan ni ambil masa lama juge la.


1.    Potong ayam, cuci dan ketepikan. Jika ayam kampong yang dah tua sangat boleh la direbus dahulu.

2.    Tumiskan bahan A sehingga bawang berwarna perang @ coklat.

3.    Masukkan bahan B dan kacau.

4.    Masukkan bahan C, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tumis lagi.

5.    Masukkan ayam dan kacau.

6.    Masukkan santan dan kacau hingga kuah menjadi pekat yang dikehendaki.

(Ada orang suka kering betul & ada orang suka berkuah sikit).

7.    Masukkan daun kunyit yang telah dihiris.

8.    Siap. Sedia untuk dihidangkan.

# Ketupat tu tak yah la bagi resepinya kan sebab saya pun beli yang segera kat dalam peket dan rebus je.