Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 3, 2013

BUBUR OAT @ OAT PORRIDGE

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni nak share resepi bubur oat yang sekarang ni memang dah menjadi salah satu makanan sihat  kegemaranku. Oat ni sanngat baik untuk kesihatan badan kita terutamanya bagi jantung. Dengan mengamalkan makan oat  secara kerap dapat mengurangkan paras kolestrol dalam badan.
Selain itu ia sangat sesuai bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan. ini kerana oat sangat kaya dengan serat (ini la yang sedang kuusahakan. kalau boleh nak turunkan berat sampai 50kg . Iaitu berat sebelum aku mengandug si sulungku.Boleh ke ek? In shaa Allah)

MACAMANA NAK TELAN OAT NI HARI-HARI. RASANYA TAK SEDAP KAN.

Meh tengok cara untu membolehkan oat menjadi menu sarapan yang mampu ditelan setiap hari :.

1. Bubur  Oat Paling Ringkas

Caranya, lebih kurang 2 cawan susu segar, panaskan. Masukkan 4-5 sudu besar oat segera dan tambah dengan 1 sudu besar kismis.

2.Bubur Oat Rajin Sket (utk 2 orang makan)

Bahan-bahan :
  • 10 sudu besar oat
  • 2 cawan stok ayam (kalu xde buh aje kiub ayam)
  • 2 batang sawi bunga @ sayur lain yg disukai
  • sedikit garam
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng
Cara-cara
  • panaskan stok ayam sampai mendidih
  • masukkan oat
  • masukkan sayur 
  • masak hingga oat masak
  • apabila nak makan, bolehlah ditabur ikan bilis goreng & bawang goreng.
  • jika suka pedas, buh la sambal kicap...rasanya macam makan bubur nasi gak.



No comments:

Post a Comment