Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 15, 2013

Makaroni Bakar

Assalamualaikum wbt..
Pagi ni nak kongsikan 1 resepi makaroni bakar yang simple tapi sedap & memenuhi citarasa kami sekeluarga. Biasanya bila google saya dapati resepi makaroni bakar semuanya menggunakan sos putih atau telur sebagai agen pelekat pada makaroni tersebut.Saya dah pernah mencuba resepi yang sedemikian dan hasilnya sangatlah susah untuk dihabiskan masakan tersebut.  Jadi terciptalah resepi di bawah ini yang memang memenuhi citarasa kami. Jom layannn..



Makaroni bakar : Fresh from oven

Close-up sebelum masuk mulut :-)

Tengok cheese tu..nyum2
Yang ni potong bila da sejuk
Da siap tengok gambar moh kita tengok resepinya pulak.

Bahan-bahan
  1. 1 cawan makaroni San Remo- direbus sehingga lembut, ketepikan.
  2. 1 labu bawang besar (yang warna kuning) - dicincang halus
  3. 1 ulas bawang putih - dicincang halus
  4. 2 sudu besar cili kering kisar
  5. Sekeping daging cincang Ramly ( bila beli dalam pek tu ada 2 keping kan, saya guna sekeping aje)
  6. Setengah botol sos spageti cendawan Kimball (jenama lain pun boleh gak)
  7. Mozarela cheese secukupnya
  8. Sedikit serbuk oregano
  9. Minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  3. Masukkan cili kering dan tumis lagi sehingga cili masak.
  4. Masukkan daging kisar dan kacau hingga daging masak.
  5. Masukkan sos spageti cendawan dan perasakan dengan garam.
  6. Angkat separuh daripadanya ke dalam bekas lain.
  7. Masukkan makaroni dan kacau sebentar.
  8. Tutup api..Masa ni jika tak mahu bakar boleh la dimakan terus.
  9. Ambil loyang, gliskan dengan minyak.
  10. Masukkan separuh makaroni goreng tadi ke dalam loyang dan ratakan.
  11. Ambil sedikit bahan tumis yang dah diasing tadi dan letakkan atas lapisan makaroni.Ratakan.
  12. Taburkan mozarela cheese.
  13. Masukkan baki makaroni goreng dan ratakan.
  14. Masuksemua bahan tumis  dan ratakan.
  15. Tabur dengan mozarela secukupnya sehingga menutupi permukaan dan tabur pula dengan oregano.
  16. Bakar pada suhu 200 darjah Celcius selama 10-15 minit.
  17. Hidangkan panas @ sejuk.
*Note : Bila potong dan makan masa panas makaroni kelihatan bertali seperti pizza tetapi tidaklah melekat seperti gambar dalam piring tu. Apabila sejuk barulah dipotong cantik seperti dalam piring kecik tu. Tapi saya dan suami suka makan panas2.

No comments:

Post a Comment