Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 22, 2013

Vitamin C kini Kembali

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Vitamin C Shaklee yang telah lama kehabisan stok kini telah kembali di pasaran.  Vitamin C memang sangat penting bagi kesihatan kita samada wanita mahupun lelaki. Namun begitu, ia sangat sinonim dengan kaum wanita kerana mereka sangat2 mementingkan kecantikan kulit mereka. Pada hari ini, saya nak kongsikan serba sedikit pengetahuan saya tentang kebaikan vitamin C iaitu :-


  1. Sangat penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  2. Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  3. Melindungi diri kita daripada jangkitan dan selesema
  4. Meningkatkan imuniti terhadap penyakit selsema dan mempercepatkan penyembuhan apabila terkena selsema.
  5. Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah astrosklerosis.
  6. Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  7. Untuk penyuburan sel darah putih serta bertindak sebagai anti histamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  8. Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  9. Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  10. Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  11. Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih di mana ia amat berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  12. Merawat jangkitan saluran kencing.
  13. Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Vitamin C Shaklee, adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.

Berhasrat untuk membeli Vitamin C Shaklee? Hubungi saya sekarang.

SMS/Whatsapp : 019-9080915
atau pm di FB saya http://www.facebook.com/siti.ai.7
Jangan lupa LIKE page mama yer https://www.facebook.com/MamaCtaiStore


Thursday, October 10, 2013

RESEPI DONUT GEBU TAK PERLU PERAP


Assalamualaikum wbt..
Hari ni nak kongsikan resepi kuih donut gebu dan lembut serta rangup di luar.
Resepi ni jumpa di blog azie kitchen @ aziejaya.blogspot.com.
Dah banyak kali cuba sebenarnya, cuma baru hari ini berkesempatan menempekkan resepinya di sini. Saya sukakan resepi ini kerana ianya tak perlu diperap seperti kelazimzn kita membuat kuih donut dan lain-lain resepi yang menggunakan yis. Menjimatkan masa kan.
Bagi mama-mama yang macam saya yang tak suka nak memerap lama2, boleh la cuba resepi ini yer.

BAHAN-BAHAN (dapat lebih kurang 30 biji donut mini)

500g tepung gandum @ tepung high protein
200 ml air  suam ( 1 cawan )
2 sudu besar gula pasir
50g mentega (saya bubuh 2 1/2 sudu besar)
2 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
2 sudu besar susu tepung @ 2 sudu besar susu pekat
11 g yis = 1 peket mauripan ( saya guna 2 1/2 sudu kecil yis jenama Pak Maya)
1 biji telur
Sedikit garam halus
Minyak untuk menggoreng

Topping kegemaran masing2 ( saya guna susu tepung + gula icing)

CARA-CARA
1. Campurkan air suam, yis, susu, gula, shortening dan  mentega dalam satu bekas besar dan kacau guna garfu atau senduk. Biarkan seketika.
2. Bancuh telur dengan garam.
3. Masukkan separuh tepung ke dalam bekas besar tadi dan gaul guna senduk. (Cara saya, gaul guna handmixer, tapi bukan guna pemukul kek tu, tapi guna besi yg macam s tu.)
4. Masukkan bancuhan telur dan gaul lagi. (Putar je mixer)
5. Masukkan baki tepung sambil uli hingga tidak melekat di jari. (Apabila mixer dah susah nak bergerak, barulah uli guna tangan.)
6. Canaikan dan terap. ( masa ni nak panaskan minyak dgn api perlahan dah boleh, tapi saya syorkan mula menggoreng apabila semua adunan selesai diterap).
7. Goreng dengan api perlahan dan minyak banyak ye. Jangan bubuh penuh sangat kuali. Nanti tak ada ruang untuk donut tu mengembang.
8. Dah siap goreng, bubuhlah topping kegemaran masing-masing.

★ Saya da banyak kali menggunakan mixer apabila membuat adunan yang memerlukan kita menguli nih dan hasilnya memang roti atau kuih tu lembut tidak seperti uli menggunakan tangan. Ini kerana saya tak larat nak uli tangan lama2. Penat tau.
★ Resepi donut ni boleh juga digunakan untuk membuat pau goreng. Yang bezanya, lepas langkah ke 5 tadi, apabila doh dah siap, ambil bulat2kan, bubuh inti dan goreng.