Hari ni nak tulis pendapat saya sendiri tentang pam payudara jenama Spectra 3 yang telah saya beli 2 tahun lepas (2011). Pam ini pam jenis elektrik ya..Saya beli terus pam ini dengan 2 corong. Jadi dapatlah mengepam kedua2 belah payudara dalam masa yang sama. Menjimatkan masa dan hasil pun lebih banyak. Pada pendapat saya pam jenama ini sangat sesuai bagi mereka yang ketiadaan masa ( seperti sayalah tu ). Tetapi ia memerlukan kita sentiasa berada di kawasan yang ada sambungan elektrik. Saya senaraikan beberapa kelebihan yang saya rasakan menggunakan pam ini :
- Menjimatkan masa kerana boleh buat double pumping & boleh jadi freestyle jika menggunakan nursung bra.
- Menghasilkan lebih banyak susu berbanding pam manual.
- Tidak menyakitkan puting.
- Corong pam boleh disesuaikan dengan kebanyakan botol biasa seperti pureen, fiffy, pigeon, anakku dan lain-lain botol yang kepala botolnya kecil. Jadi selesai mengepam tidak perlu salin ke botol lain. hanya buka corong, tutup botol dan simpan dalam peti. Ini berdasarkan pengalaman menggunakan 3 jenis pam iaitu pureen manual, avent manual dan spectra 3 double electric. (Jika pam avent memang hanya boleh guna untuk botol avent sahaja).
- Harganya dalam kategori sederhana bagi saya dan mampu milik jika nak dibandingkan dengan pam jenama medela (actually teringin gak nak rase pakai medela freestyle yang orang duk kata best tu). ketika beli dulu harganya RM338 di www.enjoybreastfeed.com
- Agak berat (tetapi kuusung juga masa anak sulung dulu)
- Kurang sesuai jika travel kerana tidak dapat mengepam dalam perjalanan (dalam kereta). Jika travel pam manual atau yang menggunakan bateri sangat disyorkan. Tetapi jika beli car adaptor tu, boleh la juga guna dalam kereta. Ada aksesori ni tapi saya tak beli.
- Bunyinya boleh tahan la :-)
My Breast Pump : Spectra 3 |
No comments:
Post a Comment