Gambar ni ihsan dari ppm sekolahku yang baru buat syawal baru ni.
Sendiri punya da banyak kali buat tapi lupa nak snap.
Malas nak taip banyak2, nanti terjaga pulak si mahdi. jom layn resepinya.
BAHAN-BAHAN
1 buku kek chiffon (jenama samudera berlambakmkat kedai rucit atau pasaraya)
*1peket agar2 serbuk 10 g (tengokmbetul2 masa beli sebab ada pelbagai kuantiti agar2 ni yer)
*1 tiub tepung hoen kwe hijau
*1 kotak santan 200ml ( guna santan segar lagi bagus)
*500ml air pandan (ambil daun pandan, kisar dengan air dan tapis)
*500ml air
*1 cawan gula
*Secubit garam.
CARA-CARA
1. Potong kek chiffon 3 lapis atau mengikut ketebalan disukai.
2. Gliskan loyang dengan minyak sedikit untuk mengelakkan kek lekat.
3. Dalam periuk, campurkan semua bahan bertanda *Dengan api perlahan
4. Kacau hingga likat dan Pekat.
5.Lapiskan ke dalam loyang, dimulai dengan lapisan kastad, kek, kastad, kek, kastad.
Apabila sejuk, simpan dalam peti sejuk.
Keluarkan, hias dengan kelapa parut.
No comments:
Post a Comment