Doa amalan bagi ibu-ibu yang menyusukan anak.
Sedang baca -baca blog orang terjumpa ni..rasa perlu untukku amalkan...jadi kuambil dan kupostkan di sini...utk rujukanku di kemudian hari..Sumber rujukan adalah dari blog Elaila "Ya
ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah
susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan
anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat & al-Kautsar
juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam
hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan
susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu
semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga
tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60.
Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati
semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu
memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye
umurnya 2 tahun...