Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 25, 2012

CLOTH DIAPER @ LAMPIN KAIN MODEN

Assalamualaikum wbt..

Ari ni nak bercerita tentang Cloth Diaper @ lampin kain moden. Saya baru aje bertukar daripada menggunakan lampin pakai buang kepada lampin kain moden. Sebabnya? Langkah penjimatan kerana tak lama lagi bakal menimang cahaya mata baru. Sebenarnya daripada anak sulung lagi dah tertarik dengan lampin kain moden tie, tapi bila bincang dgn en suami, dia macam tak menggalakkan aje. Then bila pregnant lagi, saya syorkan lagi sekali. Dia pun bersetuju. Sebenarnya kos utk mula2 pakai lampin kain nie  memang agak tinggi, jadi saya beli sedikit-sedikit. Setakat ni baru aje 16 keping CD aje. Cuma insert dia je saya beli banyak sikit. So far baru dua hari pakai, da jimat la Pet-Pet dia untuk 2 hari ni. Rasa-rasanya lepas ni nak beli lagi dari jenama lain pulak. Cara nak menggunakan dan menguruskannya tidaklah serumit mana. nanti la lepas ni sambung lagi ye.. Time to sleep. Daaa..

Update..1 Mac 2013

Ni lah dia model cilikku yang tengah menggayakan CD

Antara stok CD Muhammad Ammar yang ready untuk dipakai.

Ni Nappy Liner untuk alas kat CD tu


Senang sahaja cara menggunakan CD ni..Macam nih yek :-
1.  Masukkan insert kat dalam poket CD (yang putih tu nama dia insert, yang colourful ada butang tu
     namanya CD).
2.  Letakkan liner kat atas CD. Liner ni kalau tak guna pun takper.
3.  Pakaikan pada baby.

CARA-CARA MENGENDALIKAN CLOTH DIAPER @ LAMPIN MODEN

# yang nih saya cut n paste dari sini http://www.lampinmoden.com/ iaitu tempat saya beli CD2 dengan harga offer yang memang berbaloi2.... :-)




  • Prewash 3 kali sebelum guna buat pertama kali tanpa menggunakan sabun (Basuh, jemur, basuh jemur, basuh jemur)
  • Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan masukkan ke dalam baldi
  • Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh
  • Gunakan sabun paling murah di pasaran, tiada peluntur tiada bahan kimia yang terlampau (contoh : Trojan, Harimau Kuat, Daia, Fab Antibakteria). Sabun membasuh baju bayi seperti Cosway Kiddie Wash, Pureen HAD adalah sangat disyorkan. Jangan sesekali menggunakan pelembut atau clorox yer. (me guna sabun 1 malaysia aje).
  • Gunakan laundry net untuk menjamin jangka hayat CD anda
  • Sidai (seeloknya di bawah cahaya matahari). Kesan kuning tahi akan hilang jika dijemur di bawah cahaya matahari. Tidak perlu berus yer. 
  • Angkat dan masukkan insert siap-siap untuk penggunaan siang 1 insert dan malam (2 inserts)

Cloth Diaper Bamboo Charcoal / Insert Bamboo Charcoal / Cotton



  • Prewash sekurang-kurangnya 6 kali.
  • Jangan campurkan dengan CD yang bukan jenis bamboo semasa prewash kerana dikhuatiri minyak pada bamboo akan menganggu penyerapan CD  jenis lain.
  • Selepas digunakan, boleh basuh bersama CD jenis lain.
  • Setelah lebih 10 basuhan (terutamanya Insert Bamboo Charcoal) kualiti serapan adalah pada tahap terbaik.
  • Jadi jangan risau kalau pada permulaan akan bocor, kerapkan basuhan. Pasti anda akan tersenyum selepas itu, bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian :)
 
      
·      Cadangan Jadual Penggunaan CD:
·          
·          7.00 – 10.00 PAGI       : 1 CD + 1 INSERT
·         10.00 – 1.00 TGH HARI : 1 CD +1 INSERT
·         1.00 – 4.00 PETANG    : 1 CD + 1 INSERT
·         4.00 – 7.00 PETANG    : 1 CD + 1 INSERT
·         7.00 – 12.00 MLM        : 1 CD + 2 INSERT
·         12.00 – 7.00 PAGI       : 1 CD + 2 INSERT
·          
·          
·         Jadi secara keseluruhannya jumlah penggunaan CD adalah secara puratanya  6 CD sehari selama 3 @ 4 Jam . Namun ia juga bergantung berdasarkan perbezaan usia anak kita.
·          
·         *Untuk bayi berusia bawah 2 bulan, tukarkan CD 2-3 jam sekali


Ok...that's all for today.



Friday, December 21, 2012

SUP CENDAWAN DAN ROTI BAWANG PUTIH

Hari nie kawan aku masa sama2 maktab dulu nak singgah umah sebab kebetulan dia lalu Kuala Lipis dalm perjalanan balik ke Maran. Memandangkan ada roti Perancis kat umah, so aku pun mencari2 bahan utk membuat mushroom soup utk digandingkan bersama. Da banyak kali sebenarnya buat mushroom soup nih tapi tak pernah publish pun. Teringat pulak bahan2 pizza ada lagi kat umah nih. Baik buat memandangkan tak lama lagi nak cuti memasak ( da nak sampai bulan pun neh...kurang lebih sebulan je tinggal sebelum adik si Ammar nie melihat dunia ).

So, dalam rajin tak rajin tuh, nie la dia menu untuk menjamu uda dan keluarganya petang tadi.

Garlic Bread, Mushroom soup & Pizza

Garlic bread menggunakan roti perancis

Pizza

Mushroom soup

Jom kita intai resepi-resepinya pulak.

GARLIC BREAD

Roti Perancis dipotong.

Bahan untuk Garlic Spread :
2 ulas bawang putih-bakar dan tumbuk
2 sudu besar butter
Daun parsli dicincang - saya tak buh pun. x ade.

# Resepi ni ambil daripada My Resipi, tp tak ingat nama tuan punya resepi.
Cara-cara :

Cairkan butterdalam kuali dan masukkan bawang putih yang ditumbuk tadi.
Sapukan pada roti perancis yang telah dipotong dan bakar dalam oven.
* Jika tiada roti perancis, boleh aje guna roti sandwich mana-mana brand. Sedap juga !


Wednesday, December 5, 2012

PERKEMBANGAN TUMBESARAN ANAKKU..2

9 bulan

Mama sedih masa nie coz terpaksa stop breastfead Ammar. Sebabnya ? Mama dan preggy 3 mth++. Ayah, JM & kawan2 ramai suruh Mama stop BF Ammar. Takut adiknya nanti tak cukup zat. Mama akui, memang penatnya terasa sgt bila BF & preggy. So, bila Ammar da 9 bulan lebih..Mama pun mula la stop BF Ammar. Tapi hati ni sedih sangat terutamanya apabila malam2 Ammar merengek-rengek.


10 bulan  

10 bulan nie gigi Ammar da tumbuh 2 batang, dia da pandai meniti-niti di birai meja atau apae2 je la tempat yang dia berpegang. Walaupun baru dia batang, tetapi dia suka mengetes giginya kat kita. Tak la terasa sangat kena gigit ngan gigi bawah aje.. Hm..tunggu la bila gigi atas dia tumbuh nanti, mesti sakit kan. Tapi belum pandai bercakap lagi. Tak sabar rasanya nak dengar perkataan pertamanya kelak. Masa ni dia memang aktif mengutip apa sahaja benda yang ditemuinya. Mama dia kena la selalu pastikan rumahnya bersih. Tapi kadang-kadang tak sempat juga. Hmmmm..


 11 bulan
Menjangkau usia 11 bulan ni dia da mula berdiri-berdiri jatuh. Selalunya dia berdiri, tepuk tangan dan duduk atau kadang-kadang terduduk. Becakap belum lagi, tapi membebel dalam bahasa dia makin kuat. Peramah agaknya dak Ammar ni nanti. Gigi atasnya pun da tumbuh dua batang. Kejenya asyik nak menggigit orang aje..Sabar je la walaupun kadang-kadang tak tahan sakit. Sekarang nie kekerapan dia bangun malam menyusu pun da kurang. kadang-kadang tak bangun langsung pun..kadang-kadang sekali aje. Tima kasih Ammar, buat mama tido lena dah.

  


Almost 1 year 

Hmm...tinggal 4 hari lagi sebelum hari kelahiran puteraku, Muhammaf Ammar. Sekarang Ammar da pandai berdiri tegak, melangkah dalam 2, 3 langkah gitu. Hari ni satu pencapaian baru baginya yang pertama kali kulihat aksi sebegitu. Dia mengambil handsetku dan meletakkannya di pipi dia dan beraksi seolah-olah sedang bertelefon Tapi hingga kini dia masih juga belum pandai bercakap. Insyaallah tak lama lagi bercakap la tuh..Tak lama lagi Ammar nak jadi abang long pulak.. :-).. Rezeki. 

Menentukan Jantina Anak Menggunakan Kalendar Cina

Assalamualaikum..

Bertemu kembali..

Kali ni saya nak kongsikan maklumat yang diperolehi daripada http://cutemom24.blogspot.com/2012/09/carta-ramalan-jantina-anak-berdasarkan.html iaitu mengenai ramalan jantina anak berdasarkan kalendar Cina. Jom sama-sama kita baca..

 

Carta ramalan jantina anak berdasarkan kalendar cina. (lunar)


Tentunya anda seronok mengetahui berita tentang kehamilan. Terutamanya jika kehamilan itu dirancang.

Soalan mengenai jantina anak sememangnya soalan wajib yang ingin diketahui oleh setiap ibu. Apatah lagi pada kehamilan pertama yang mengujakan.

Jom baca dan lihat bagaimana mengetahui jantina anak anda melalui kalendar lunar cina. Ianya juga sesuai jika anda ingin merancang jantina anak anda.
(klik gambar untuk melihat lebih jelas)

Perhatikan jadual di atas;

Menurut sejarah, manuskrip ini telah ditemui tertanam selama 700 tahun di makam kerajaan, beijing.

Kewujudan manuskrip ini dipercayai disebabkan oleh keinginan yang kuat pada zaman tersebut untuk memiliki anak lelaki sebagai waris dalam keluarga.

Dimana ia kemudiannya diamalkan oleh kebanyakkkan orang di china dan akhirnya tersebar ke seluruh dunia.
Ketepatan manuskrip ini telah dibuktikan ribuan orang dan dipercayai 90% tepat.

Kini, manuskrip asli  ini telah disimpan oleh institut di beijing.

Bagaimana menggunakan jadual ini?

Contoh : Jika si ibu berusia 23 tahun semasa persenyawaan anak berlaku pada bulan mac, maka bayi akan lahir berkemungkinan besar adalah perempuan.