Bulan ini ramai betul rakan di sekeliling saya yang baru sahaja selamat bersalin anak. Ada yang normal dan ada juga sorang yang melalui pembedahan.
Di sini saya ingin kongsikan tips2 supaya luka bersalin cepat sembuh untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang telah bersalin, bakal bersalin dan juga untuk rujukan para suami. Tips-tips ini saya perolehi melalui pembacaan, pengalaman sendiri dan juga petua2 dari orang tua.
- Pastikan bahagian luka sentiasa kering bagi mengelakkan jangkitan.
- Basuh luka dengan air garam dan keringkan. Boleh juga duduk sekejap dalam besen yang diisi dengan air garam suam.
- Elakkan menyapu sebarang ubat traditional di bahagian luka pada 10 hari pertama. Penggunaan ubat traditional ini dikhuatiri mengganggu proses percantuman kulit.
- Tukar tuala wanita dengan kerap. Kawasan yang terlalu lembab akan menyebabkan luka lambat sembuh.
- Ambil serat dan air secukupnya bagi mengelakkan sembelit. Sebagai persediaan awal, boleh ambil supplement Ostematrik. Di samping membekalkan kalsium buat ibu dan bayi, ia sangat-sangat membantu ibu-ibu yang mengalami masalah sembelit selepas bersalin.
- Ambil vitamin C untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Selain itu, multivitamin juga sangat membantu.
No comments:
Post a Comment