Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 15, 2014

Ayam Panggang Periuk Ajaib

Assalamualaikum wbt.

Lama sy tak post tentang makanan. Banyak sebenarnya yang dah di'snap' gambarnya tetapi tak bekesempatan nak menaip panjang2. Sibuk  dengan kerja utama dan anak2 lelakiku yg semakin membesar tu. Si abang dah 3 tahun bulan Oktober yang lepas. Si adik pula baru 1 tahun 9 bulan. Coming soon, baru 5 minggu dalam perut. Sebab tu tak larat ni.

Baiklah..panjang pulak celotehnya bila dah mula menaip, :-). Jom la kita tengok resepinya. Resepi sy olah sendiri aje.

Resepi Ayam Panggang

Bahan-bahan

Ayam 4 ketul ( sy beli kat pasaraya yang bahagian paha bercantum ngan atas dia tu)
*Bawang putih - 5 ulas
*Bawang merah - 2 ulas
*Serai - 2 batang
*Halia - 1/2 inci
Serbuk cili babas - 1 sudu besar
Kicap kipas udang - 2 sudu besar
Sos tiram - 2 sudu besar
Sedikit serbuk oregano
Sesudu kecil lada hitam tumbuk
Madu - 2sudu besar
Gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara

1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan dalam bekas yg berisi ayam (sy guna bekas bertutup spy senang nak perap).
3. Masukkan semua bahan lain dan gaul sebati.
4. Tutup bekas dan simpan dalam peti sejuk.
5. Lepas sejam, boleh bakar dalam periuk panggang ajaib. Sy punya jenama Are Ikan tu. Guna pemanggang ni, dalam 25-30 minit masaklah ayam tu. Kena balik2kan  ye. Kalau nak nampak berkilat, sapu madu sebaik sahaja ayam tu masak.

Sambal cicah simple

Sebiji tomato
10 ulas lada padi
Garam dan gula
Kicap kipas udang

Kisar semuanya dan tambahkan kicap.
Siap!


No comments:

Post a Comment