Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 18, 2013

Roti Kacang Merah Uli Tangan

Assalamualaikum wbt.

Hari semalam sangat membahagiakanku, kerana roti kacang merahku kali ini menjadi. Dulu2 saya pernah try guna resepi di akhbar, tapi tak menjadi. Semalam buat guna resepi En. Mat Gebu yg dicedok do My Resepi. Tp Encik Mat guna BM, saya uli guna tangan aje..rsepinya pun ada derhaka sikit  En Mat..Saya pun macam En Mat jugak, selalu derhaka resepi orang..:-). Saya nak minta maaf kt en mat sebab tak leh nk letak backlink, coz guna blogger mobile. Ok la, jom tgk resepinya.

Bahan2 (12 biji)

€ 250 tepung roti

★120 ml air ( saya sukat guna botol susu anak je, sng sbb ada senggatannya kan)

★40g mentega (guna farmcow)

★30 g telur (saya letak sebiji telur gred A)

★20 g susu tepung (sy letak 1 sudu besar penuh)

★  40 g gula kastor

★ 1 sudu teh yis (saya guna jenama Pak Maya)

★1/2 sudu teh bread improver

★1/2 sudu teh bread softener/emplex

€1/2 sudu teh garam 

Bahan lain :-

*inti kacang merah secukupnya - bulat2kan dalam 12 biji.

*telur kuning sebiji dan sesudu besar mentega

CARA-CARA

Caranya, kalu ikut en Mat, mudah je..masukkan semua dalam bread maker kecuali bahan lain.

Cara saya :

1. Masukkan semua bahan bertanda ★ ke dalam besen besar atau bekas mixer.

2. Putar dengan kelajuan perlahan selama lebih kurang 3 minit...gunakan pemutar mixer yang berpusing2 tu yer..bukan yg kita pukul telur tu.

3. Masukkan secubit garam dan separuh tepung.

4. Putar lagi, sederhana dan laju lebih kurang 5-8  minit. Masukkan tepung sedikit2 hingga rasa2 besi mixer dah ketat. Stop. Tanggalkan besi.

5. Uli guna tangan dengan menambahkan baki tepung hingga adunan tidak lagi melekat pada jari..tepung tak habis pun takper. Bila da tak melekat kat tangan biar je la tepung tu berlebih.

6. Bahagikan kepada 12 bahagian. Masukkan inti, tutup kemas2.

7. Biarkan 45 minit. Sapu kuning telur dgn berus.

8.Bakar 20 minit dgn suhu 180 ÂșC...oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan adunan.

9. Da masak, sapukan dgn mentega yg da dicampur sdikit gula icing @ mentega saje pun boleh.

10.Siap dah.. boleh ngappp..panas2 sedap weh.




Sunday, September 15, 2013

Tips rawatan demam selsema

Assalamulaikum.

Sebelum tidur malam ni saya nak kongsikan tips rawatan demam selsema bagi bayi & kanak-kanak dengan bahan semulajadi.
Cara ni saya jumpa kat facebook. Macam biasa la kan, bila maklumat tu berguna dan rasa nak rujuk kemudian hari, saya copy paste ke sini la. :-).

Campurkan hirisan lemon, bawang putih & minyak zaitun komersial. Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yang segar. Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak2. Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yg sangat mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak2. Usaha ini bolehlah dilakukan di samping memberi ubat-ubatan yang bersesuaian apabila anak2 dijangkiti demam selsema. 

#### Jika nak tingkatkan keimunan kanak-kanak supaya tidah mudah dijangkiti selsema, cuba baca di sini .

Meal Shake Shaklee





Khasiat Mealshake Shaklee 

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Mari lihat testimoni Meal Shake Shaklee


Selain itu, ramai juga pelangga yang telah mencuba Meal Shake ini juga telah mendapat manfaat berikut : 
- Anak berselera makan. Mari baca kisah anak saya di sini .
- Tahap keimunan anak bertambah. Selsema dan deman yang kerap berulang dapat diatasi.
- Susu badan bertambah banyak.
- Dapat menambahkan berat badan bagi yang kurus dengan cara pengambilan yang berbeza.

Berminat ? 

JOM KEKAL CERGAS DGN SHAKLEE...
BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI ?
HUBUNGI SAYA, PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA
COD KUALA LIPIS
PHONE : 019-9080915
ID : 923918 
(*Jika anda singgah di mana2 cawangan Shaklee, boleh gunakan ID saya untuk membeli dengan harga ahli. Saya izinkan special untuk warga pelawat blog ini sahaja.)
http://www.facebook.com/siti.ai.7
EMEL: siputputih08@gmail.com

 


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR MENURUT ISLAM

Assalamualaikum wbt..
Hari ini saya ingin berkongsi tentang ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR MENURUT ISLAM.
Saya mendapat info ini daripada facebook dan merasakan ianya sangat penting buat saya yang juga terlepas pandang perkara ini kerana kurangnya ilmu di dada. Jadi, saya kongsikan di sini untuk rujukan masa akan datang (jika Allah murahkan rezeki lagi..In Shaa Allah, :-) )dan rujukan rakan2 semua.
Saya copy paste sahaja maklumat ini ye. Penulis asalnya adalah saudara Harun Yahya dan saya membacanya di page Cinta Jannah. Jom kita baca dan ubah sama-sama apa yang dah tersilap.

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.


ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.


1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.


2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Tuesday, September 10, 2013

5 Fungsi GLA Complex Shaklee



Assalamualaikum.
Pada hari ini saya ingin bercerita tentang GLA Complex, salah satu produk Shaklee yang mendapat sambutan hangat di pasaran. Ada 5 sebab utama kenapa anda perlu mengambil GLA Complex Shakle. 


5 Fungsi GLA Complex Shaklee yang WAJIB anda TAHU ! : 

1.   GLA Complex Membantu Meningkatkan Peluang Untuk Hamil
Bila tengok tajuknya seperti kita membelakangi yang MAHA PENCIPTA, ingat ye kita hanya merancang dan berusaha, namun ALLAH swt yang memberikannya dan kita sebagai makhluknya mestilah berusaha, disertai dengan doa dan tawakkal. Alhamdulillah ya, setakat ini,  memang banyak testimoni daripada pengguna produk  ini yang berjaya hamil dengan GLA Complex ini. Saya tidak bercakap kosong ye, jika saudara saudari taip je kat google atau kat Facebook, memang banyak benar testimony yang telah Berjaya.
Baiklah, di sini saya terangkan bagaimana GLA Complex membantu meningkatkan peluang untuk hamil?
Secara ringkas, GLA (asid gamma linolenik) sebenarnya membantu seseorang wanita itu untuk menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Cecair mukus ini sangat penting kerana ia membantu memudahkan pergerakan sperma ke tiub fallopio di mana ovum sedang menanti untuk disenyawakan. Dengan kandungan GLA yang cukup, cecair mukus ini turut membantu jangka hayat sperma bertahan di dalam tiub fallopio sehingga 5 hari dengan izin ALLAH ya. Jadi, secara tidak langsung peluang untuk persenyawaan berlaku ketika tempoh subur akan meningkat walaupun suami dan isteri tidak bersama ketika itu.
Namun begitu, untuk hasil terbaik, saya sarankan bagi isteri, amalkan GLA Complex bersama B Complex dan ESP manakala untuk suami pula amalkan Zinc dan Vita E.


2.   GLA Complex Membantu Melegakan PMS (Sindrom Pra-Haid)
Senggugut? Pernah mengalaminya, pasti rasa tak suka dengan kehadiran haid setiap bulan kan? Antara sebab kenapa kita wanita mendapat senggugut adalah kerana kekurangan asid gamma linolenik ini di dalam tubuh. Jadi, dengan mengamalkan GLA Complex dan dengan izinNYA akan membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika PMS ini.

3.   GLA Complex Membantu Mencantikkan Kulit Wajah
Bagaimana ye GLA Complex dapat mencantikkan kulit? Ini kerana GLA Complex Shaklee turut diperkaya dengan vitamin E yang terkenal sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Dengan fungsi GLA Complex sendiri yang membantu mengatur fungsi hormon dalam tubuh, kehadiran vitamin E ini menjadikan kulit anda tampak lebih lembab, mengurangkan jeragat, tiada lagi kilauan minyak dan berseri-seri.
Bagi mendapatkan kesan yang optimum, saya syorkan diamalkan bersama ESP.
 
4.   GLA Complex Untuk Kesihatan Jantung
Bagaimana GLA membantu kesihatan jantung kita? GLA mengandungi lemak Omega-6 yang dapat membantu menurunkan paras kolestrol ‘jahat’ (LDL) dalam badan, meningkatkan paras kolestrol ‘baik’ (HDL);  mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding arteri (dengan bantuan vitamin E) dan merupakan lemak tidak-tepu yang membantu mencairkan lemak-tepu. Semua ini dengan izin ALLAH ye. Segala sesuatu yang berlaku di atas dunia ini adalah dengan izin ALLAH SWT belaka ya.
Bagi hasil yang terbaik untuk penjagaan jantung, saya sarankan diamalkan bersama Omega Guard dan CoQ Health Plus (khusus untuk penjagaan jantung).

5.   GLA Complex Untuk Awet Muda
Anda perasan tak, ramai di kalangan wanita mengambil suplemen EPO (Evening Primrose Oil)? Jika ditanya, jawapannya ialah ‘untuk awet muda’. Betul la tu! GLA Complex Shaklee ini juga merupakan salah satu EPO dan ternyata memberi kesan lebih hebat inshaALLAH kerana kandungan GLA yang dua kali ganda EPO normal, ditambah dengan vitamin E dan minyak bunga matahari dimana semua ini bersifat anti-oksida, free-radicals, immune-system. Hormon prostaglandin yang terhasil dengan cukup juga sebenarnya merupakan pertahanan semulajadi tubuh terhadap penuaan.
Bagi yang benar2 nak AWET MUDA, saranan saya ambillah GLA Complex bersama tonik ajaib Vivix atau ESP.

JOM KEKAL CERGAS DGN SHAKLEE...

BERMINAT UNTUK MEMBELI @ MEMBELI DENGAN HARGA AHLI ?

HUBUNGI SAYA, PENGEDAR SAH SHAKLEE ANDA
COD KUALA LIPIS
Pn Siti Aishah Hasan
ID Shaklee : 923918
PHONE : 019-9080915
http://www.facebook.com/siti.ai.7

Monday, September 9, 2013

SPAGETI CARBONARA SIMPLE

Salam..pagi ni stay at home, jaga anak2 because my baby sitter admit ward. Actually dari semalam lagi cutinya. Hmm...hopefully tomorrow she will available. So, pagi ni nak share resepi spageti carbonara yang sangat2 simple. Buat ni untuk my son, Ammar. Lagi tadi da wat nasi lemak for breakfast, tp tengok dia makan sikit je, jadi tengok2 bahan yang ada kat umah, masak la untuk dia. Jom layan resepinya.

Bahan-bahan

Sedikit spageti untuk sorang makan...agak2 aje :-)
2 sudu besar sos spageti prego carbonara mashroom
2 batang crab stik dpotong halus
1 ulas bawang putih diketuk
1 ulas bawang merah dicincang
Sedikit minyak
Sedikit garam

CARA-CARA
1. Panaskan air dalam periuk,  bila dah mendidih, masukkan spageti dan rebus sehingga lembut. Toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang merah.
3. Masukkan crab stik dan sos. Kacau dan perasakan dengan garam.
4. Masukkan spageti dan kacau kejap, tutup api dan angkat.

Monday, September 2, 2013

Kek Lapis Chiffon Pandan


Gambar ni ihsan dari ppm sekolahku yang baru buat syawal baru ni. 
Sendiri punya da banyak kali buat tapi lupa nak snap.

Malas nak taip banyak2, nanti terjaga pulak si mahdi. jom layn resepinya.

BAHAN-BAHAN
1 buku kek chiffon (jenama samudera berlambakmkat kedai rucit atau pasaraya)
*1peket agar2 serbuk 10 g (tengokmbetul2 masa beli sebab ada pelbagai kuantiti agar2 ni yer)
*1 tiub tepung hoen kwe hijau
*1 kotak santan 200ml ( guna santan segar lagi bagus)
*500ml air pandan (ambil daun pandan, kisar dengan air dan tapis)
*500ml air
*1 cawan gula
*Secubit garam.

CARA-CARA
1. Potong kek chiffon 3 lapis atau mengikut ketebalan disukai.
2. Gliskan loyang dengan minyak sedikit untuk mengelakkan kek lekat.
3. Dalam periuk, campurkan semua bahan bertanda *Dengan api perlahan
4. Kacau hingga likat dan Pekat.
5.Lapiskan ke dalam loyang, dimulai dengan lapisan kastad, kek, kastad, kek, kastad.
Apabila sejuk, simpan dalam  peti sejuk.
Keluarkan, hias dengan kelapa parut.




COQ HEALTH SHAKLEE HARGA RUNTUH!!

Dapatkan Coq Health Shaklee pada harga runtuh, hanya pada bulan ini sahaja. Hubungi saya sekarang untuk pembelian. Sms ke 019 9080 915.